Utusan Borneo (Sarawak)

‘Macau Scam’ renggut RM204,400 daripada warga emas

Mangsa yang bekerja sebagai kerani ditipu sejak menerima panggilan daripada ‘Sarjan Tan’ dari JB pada 6 September

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang wanita warga emas di sini menjadi salah seorang mangsa terbaharu sindiket penipuan ‘Macau Scam’ setelah mengalami kerugian RM204,400.

Mangsa, 62, dan bekerja sebagai kerani ditipu sejak menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Sarjan Tan’ dari Johor Bahru pada 6 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, dalam panggilan pertama itu, suspek yang kononnya ‘Sarjan Tan’ memberitah­u mangsa mempunyai kesalahan menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) sebanyak RM5,000 yang diisi dalam kad.

“Suspek juga menyatakan yang mangsa ada mendapat wang daripada ‘Mr Gama’ sebanyak RM50,000 untuk dibahagika­n kepada 10 orang.

“Selepas itu, pada 7 September jam lebih kurang 12 tengah hari di sebuah bank, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak

Selepas itu, pada 7 September jam lebih kurang 12 tengah hari di sebuah bank, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM11,200 ke akaun suspek. Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak

RM11,200 ke akaun suspek,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pada 20 September pula, mangsa menerima panggilan daripada seorang suspek bergelar ‘Sarjan Yap’ yang meminta mangsa membuat pemindahan wang sebanyak RM56,000 ke akaun suspek.

MenurutMus­tafa, enamhari kemudian mangsa menerima panggilan daripada seorang bergelar ‘Mr Jason’ daripada Jabatan Audit Negara dan meminta mangsa membuat pemindahan wang sebanyak RM55,000.

“Namun ketika itu mangsa memberitah­u tidak mempunyai wang namun memberitah­u suspek yang mangsa mempunyai wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ‘Sarjan Yap’ terus menyuruh mangsa membuat pembayaran sebanyak RM100,000 ke akaun bank suspek.

“Mangsa masih terus berhubung dengan ‘Sarjan Yap’ dan suspek masih meminta wang daripada mangsa. Mangsa memberitah­u ada mempunyai insurans setelah membuat pinjaman semula,” katanya.

Selepas itu, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM17,200 kepada suspek serta ada membuat pinjaman wang dan sekali lagi membuat pemindahan wang sebanyak RM20,000 kepada suspek.

Merasakan tertipu setelah membuat lima kali transaksi pemindahan wang, mangsa membuat laporan polis kelmarin.

Mustafa berkata, kes di Miri adalah antara empat laporan polis berkenaan Macau Scam diterima kelmarin.

“Daripada jumlah itu, hanya dua mangsa sahaja telah ditipu manakala dua lagi berjaya mengelak dari ditipu.

“Seorang lagi mangsa ditipu ialah di Sibu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM57,996.32,” katanya.

Sementara itu, dua mangsa yang berjaya mengelak daripada ditipu berlaku di Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun dan di Sibu melibatkan seorang wanita berusia 42 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia