Utusan Borneo (Sarawak)

Seludup rokok: Pemandu lori didenda RM12,158,400 atau 18 bulan penjara

-

MIRI: Seorang pemandu lori didenda RM12,158,400 atau 18 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini petang semalam setelah didapati bersalah memiliki rokok seludup bernilai RM715,200.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti segala keterangan bukti dikemukaka­n oleh pendakwaan sepanjang prosiding perbicaraa­n.

Jong Chun Ang, 32, dari Luak di sini didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan dihukum di bawah Seksyen 135 (1) (III) (aa) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara tiga tahun atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh didakwa memiliki barang larangan iaitu rokok sebanyak 1,894 kotak x 50 karton x 20 batang bernilai RM715,200 dengan duti kastam berjumlah RM5,728,752 (termasuk duti import RM1,788,000, duti eksais RM3,576,000 dan GST RM364,752).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah lori bernombor pendaftara­n QMR63xx, jam 4.30 petang, pada 9 November 2015 di Jalan Miri Port di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an semasa kejadian dia hanya bekerja sebagai pemandu kepada lori tanpa mengetahui muatan lori terbabit.

Sebaik Zuraini membacakan keputusann­ya, tertuduh merayu agar hukuman itu ditangguhk­an sementara menunggu memfailkan rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarka­n permohonan penangguha­n hukuman dan memerin- tahkan tertuduh dibebas dengan jaminan RM100,000 berserta dua penjamin tempatan dan perlu membayar deposit jaminan RM50,000.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Thomas Abun Nyambong dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Manakala tertuduh diwakili peguambela Arthur Lee, Zal Hii dan S.H.Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia