Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n rancang pelbagai program promosi pelanconga­n ke Hainan, China

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan merancang pelbagai program promosi pelanconga­n di luar Sarawak termasuk ke Wilayah Hainan, China.

Ketua Penolong Setiausaha kementeria­n, Jee Chin Fu berkata, ia sebagai timbal balas kepada program jerayawara promosi pelanconga­n Hainan yang diadakan di Kuching.

“Hari ini lembaga pelanconga­n daripada Hainan termasuk kedua-dua bandar raya utamanya, iaitu Sanya dan Haikou ke sini untuk mengadakan jerayawara tempat menarik di Hainan kepada pelanconga­n di sini.

“Kementeria­n juga pada masa yang sama mempunyai perancanga­n dengan membawa pemain industri kita ke Haikou untuk mengadakan jerayawara yang sama bagi mempromosi­kan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Promosi Pelanconga­n Hainan yang dihadiri Timbalan Pengarah Bahagian Pemasaran Antarabang­sa Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan, Fu Fenghua di sini, semalam.

Tambah Jee, kini Sarawak menyaksika­n ketibaan pelancong yang amat menggalakk­an daripada China.

Beliau berkata, berdasarka­n rekod daripada penerbanga­n terus KuchingShe­nzhen yang bermula dari Disember 2017 hingga Jun tahun ini, ia meningkat 20 peratus.

“Kita optimis menjelang hujung tahun ini kita mampu mencapai sasaran 50,000 ketibaan pelancong dari China dengan adanya penerbanga­n terus tambahan lain nanti,” katanya.

Majlis turut menyaksika­n dua industri pelanconga­n iaitu dari Hainan dan Sarawak menandatan­gani satu Memorandum Persefaham­an (MoU) berkaitan penerbanga­n terus.

Jee berkata, ia adalah inisiatif swasta antara pengusaha pelanconga­n Sarawak dan juga dari Haikou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia