Utusan Borneo (Sarawak)

Masing sifatkan k’jaan Pakatan Harapan tidak boleh dipercayai

-

SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing menyifatka­n kerajaan Pakatan Harapan sebagai tidak boleh dipercayai.

Sebagai contoh katanya, komposisi penubuhan Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 10 Oktober lalu yang masing-masing hanya meletakkan dua wakil dari Sarawak dan Sabah sebagai ahli jawatankua­sa, manakala selebihnya iaitu 12 lagi ahli adalah dari ‘Malaya’ yang diketuai sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini mana adil dan berat sebelah. PRS tidak setuju dengan jawatankua­sa yang ditubuhkan ini.

“Adalah lebih baik sekiranya sama rata menjadi ahli iaitu melibatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Justeru, saya katakan mereka tidak boleh dipercayai langsung dan usaha kita untuk menuntut hak kita di dalam MA63 adalah sangat menyulitka­n,” ujarnya berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Khas (EDC) PRS di sebuah hotel terkemuka di sini, petang semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung PRS Datuk Joseph Salang Gandum, Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, Ketua Wanita PRS Datuk Seri Doris Sophia Brodie serta ahli-ahli jawantanku­asa parti yang lain.

Bercakap mengenai industri minyak dan gas di negeri ini, Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitah­u perlembaga­an negeri menyatakan dengan jelas bahawa semua minyak dan gas di wilayah Sarawak adalah milik Sarawak.

Syarikat minyak termasuk Petronas katanya, yang ingin meneroka atau mencari gali minyak dan gas di wilayah Sarawak perlu mendapatka­n lesen dari Sarawak.

“Petronas mesti mendapatka­n kebenaran daripada kita jika mahu menjalanka­n aktiviti minyak dan gas di negeri ini. Selama 40 tahun yang lalu, Petronas/Malaya telah mengambil sumber kita dan meninggalk­an sedikit hasilnya untuk kita bangunkan Sarawak,” tegasnya.

Menurut Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an, dalam sehari Petronas mengambil kira- kira 300,000 hingga 800,000 tong dram minyak daripada Sarawak.

“Ini seperti yang saya baca dalam sebuah akhbar nasional menerusi laporan Bernama yang dipetik melalui kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Arrifin yang menerangka­n jumlah sebenar minyak yang diambil dalam sehari.

“Tahun lepas sahaja, Petronas telah mengambil kira-kira 850,000 tong dram sehari yang melibatkan hasilnya sebanyak RM224 juta sehari. Kalau sebulan, setahun, sudah tentu hasilnya sangat banyak. Tapi kita yang punya sumber ini hanya dapat lima peratus sahaja royalti. Adakah ini adil?” soalnya lagi.

Bercakap mengenai Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPS), Masing berkata, gabungan itu akan terus memperjuan­gkan hak-hak rakyat di negeri ini.

“Kami tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Tun Mahathir. Kami berfikir GPS akan menyokong dasar PH jika ia membawa manfaat kepada Sarawak dan kami akan menentang mereka jika objektifny­a merosakkan atau menentang kepentinga­n Sarawak,” katanya.

Pendek kata ujarnya, GPS akan menjadi pembangkan­g yang bertanggun­gjawab di Putrajaya.

Sementara itu, Masing berkata, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri 2021 kelak, GPS perlu memainkan peranannya dalam melindungi hak-hak negeri dan rakyat Sarawak dan mewujudkan perkongsia­n kuasa yang bermakna.

“Input dan kritikan kami adalah untuk meningkatk­an GPS dan dikemukaka­n dengan penuh keikhlasan untuk kebaikan organisasi kami,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu.

Oleh itu, beliau berkata, GPS dan pemimpinny­a mestilah menjadi pendengar yang baik dan GPS mesti menjadi gabungan parti berasaskan parti asal dari Sarawak.

“Ini adalah kekuatan kita berbanding dengan parti yang berasal dari Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Masing mengingatk­an GPS adalah parti yang mengutamak­an Sarawak dan ia adalah relevan sebagai parti tempatan yang diketuai oleh anak Sarawak sendiri.

Dalam pada itu, Masing memberitah­u EDC kali ini adalah untuk membincang­kan jawatan Timbalan Presiden PRS yang ditinggalk­an oleh Datuk Joseph Entulu Belaun yang dipecat dari parti pada April lepas.

“Ini adalah salah satu agenda yang akan kita bincangkan melalui EDC kali ini serta beberapa perkara lain yang berkaitan,” tambahnya.

 ??  ?? MESYUARAT: Masing (tiga kanan) serta delegasi yang hadir pada EDC PRS di Sibu, petang semalam.
MESYUARAT: Masing (tiga kanan) serta delegasi yang hadir pada EDC PRS di Sibu, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia