Utusan Borneo (Sarawak)

Penempatan tukun tiruan menggalakk­an kembali kehadiran pelbagai hidupan marin dan terumbu karang

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Hidupan marin serta terumbu karang semakin berkembang biak di perairan Taman Negara Similajau sejak pelaksanaa­n Projek Pemulihara­an, Alam Sekitar dan Biodiversi­ti (BEACON) enam tahun lalu terutama selepas dua tahun penghantar­an 1,500 tukun tiruan di perairan taman itu.

Pengurus Besar Jabatan Operasi Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) Bita Ata berkata, pihaknya melihat perkembang­an positif melalui pemantauan oleh sukarelawa­n sejak beberapa tahun di kawasan itu dengan menemui hidupan menarik di terumbu karang yang menempatka­n tukun tiruan itu.

“Saya melihat kehadiran ikan lumba-lumba sejak beberapa tahun lepas dan baru-baru ini, selepas kami mewujudkan projek ini, saya diberitahu oleh sukarelawa­n Projek BEACON mengenai kehadiran ikan lebih banyak dan sotong membiak berdekatan tukun tiruan ter- masuk kehadiran penyu di Taman Negara Similajau.

“Sudah tentunya kami akan terus melakukan usaha ini melihat akan perkembang­an baik itu. Saya secara peribadi tersentuh dengannya yang menandakan harapan positif kepada pemulihara­an terumbu karang dan hidupan marin di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Group of Companies Ir Pau Kiew Huai semasa menyempurn­a penutupan rasmi ‘BEACON Project: Friends of Nature’ anjuran MLNG dan Sarawak Forestry Corporatio­n Sdn Bhd (SFC) di Taman Negara Similajau semalam.

Bita berkata, ia merupakan impak menggalakk­an dan bakal membantu Bintulu membangun sebagai destinasi popular bagi tempat hidupan laut membiak seperti sotong, ikan lumba-lumba, penyu dan lain-lain.

Justeru katanya, dengan penyertaan 40 pelajar dari lapan sekolah dalam program tiga hari itu memberi inspirasi kepada para pelajar untuk lebih sedar akan tanggungja­wab mereka sebagai anggota masyarakat dalam memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar.

“Kami berminat untuk memupuk kesedaran pemulihara­an alam sekitar di Bintulu khususnya dalam kalangan orang awam.

“Tidak dinafikan alam seki- tar adalah bahagian penting dalam kehidupan masyarakat sekali gus sokongan daripada orang awam dalam pemulihara­an alam sekitar amat diperlukan,” katanya.

Beliau turut berharap para pelajar mendapat ilmu pengetahua­n berguna daripada program itu serta dapat menyebarka­nnya kepada ahli keluarga, rakan-rakan sekolah dan menjadi duta alam sekitar dalam pemulihara­annya supaya kawan-kawan dan ahli keluarga mereka dapat berganding bahu menjaga alam sekitar.

“Lebih baik tidak membuang sampah merata-rata daripada mengutipny­a. Biar kita menjadi contoh baik pada hari ini dan akan datang supaya kita dapat menjadikan Bintulu bandar yang bersih di Sarawak. Kerja berpasukan yang ditunjukka­n juga telah memperliha­t kejayaan program ini,” tambahnya.

Jelasnya, 2018 juga merupakan tahun istimewa untuk MLNG kerana menyambut ulang tahun ke-40 dan sebahagian daripada sambutan itu ialah menganjur siri penanaman pokok di Bintulu dengan pihak berkepenti­ngan yang telah menyokong usaha tersebut sepanjang tahun.

Turut hadir pada program itu Pengurus Besar SFC Oswald Braken Tiesen yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ir Lucas Takip, Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sarawak Gas Sdn Bhd Morris Mail dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto.

Lapan sekolah serta 15 guru pengiring yang menyertai program itu terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asyakirin, SMK Bandar, SMK Baru, SMK Bintulu, SMK Kemena, SMK Kidurong, SMK Sebauh dan SMK Tatau.

Program itu menyaksika­n Arnold Mellumbert dari SMK Bintulu meraih anugerah Pelajar Lelaki Terbaik dan Yemima Febi Keluk dari SMK Tatau dinobat sebagai Pelajar Perempuan Terbaik.

Manakala, kumpulan Bubut (Purple-G1) meraih juara keseluruha­n dalam pertanding­an yang diadakan dalam program itu.

Peserta dibahagika­n kepada lima kumpulan terdiri daripada Empeliau, Cicada, Kenyalang, Raong dan Bubut.

 ??  ?? JUARA KESELURUHA­N: Kumpulan Bubut yang muncul juara keseluruha­n program‘BEACON Project: Friends of Nature’ menerima hadiah daripada Bita (enam kiri) dan Oswald (lima kanan) sambil disaksi Sinanawati (empat kiri).
JUARA KESELURUHA­N: Kumpulan Bubut yang muncul juara keseluruha­n program‘BEACON Project: Friends of Nature’ menerima hadiah daripada Bita (enam kiri) dan Oswald (lima kanan) sambil disaksi Sinanawati (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia