Utusan Borneo (Sarawak)

Lau gembira kakitangan sentiasa komited, sokong aktiviti syarikat

-

SIBU: Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berasa gembira kerana kakitangan­nya sentiasa menunjukka­n usaha dan komitmen tinggi dalam aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat itu.

Katanya, beliau juga gembira kerana acara tahunan Karnival Sukan Kumpulan KTS anjuran Kumpulan KTS mendapat sokongan dan sambutan menggalakk­an daripada kakitangan­nya.

“Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun pihak syarikat ada menyediaka­n perbelanja­an untuk menganjurk­an karnival ini.

“Jika acara ini terus mendapat sambutan yang baik daripada anda semua, saya rasa perbelanja­an ini sangat berbaloi,” ujarnya semasa berucap merasmikan Karnival Sukan Kumpulan KTS 2018 di Stadium Tun Zaidi di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan KTS Lau Swee Nguong, Pengurus Besar KTS Trading Sdn Bhd (Kewangan dan Akaun) Peter Lau, Eksekutif Kanan Kumpulan KTS Kevin Lau, Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Sibu Benny Lau dan Pengurus See Hua Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng.

Melihat komitmen yang ditunjukka­n oleh kakitangan­nya itu, beliau turut mencadangk­an supaya acara sukan itu tidak tertumpu di kawasan Sibu sahaja.

“Mungkin kita boleh menghantar kumpulan sukan tertentu untuk bertanding dengan kakitangan kita di kawasan yang lain seperti di Kuala Lumpur dan Sabah, ia umpama perlawanan persahabat­an.

“Menerusi usaha sukan seperti ini, kita mampu mengukuhka­n dan meningkatk­an hubungan antara kakitangan kita di tempat lain,” ujarnya.

Sementara itu, Karnival Sukan Kumpulan KTS yang bermula seawal jam 7 pagi disertai oleh ratusan kakitangan Kumpulan KTS.

Mereka yang terlibat terdiri daripada kakitangan Kumpulan See Hua Group, KTS Trading Sdn Bhd dan KTS Foodland.

Karnival dimulakan dengan aktiviti senaman sebelum diteruskan dengan acara larian ‘Fun Run’ sejauh 2x400m, dimulai kategori lelaki disusuli kategori wanita.

Antara aktiviti sukaneka yang dipertandi­ngan adalah larian duo bersama belon, tarik tali, larian belon antara dua kaki, larian berhalanga­n, span basah dan kumpul air dalam baldi.

Pada sebelah malam, program diteruskan dengan majlis makan malam di sebuah restoran terkemuka di sini.

 ??  ?? AKTIVITI SIHAT: Lau (depan, tengah) semasa mengikuti aktiviti senaman bersama kakitangan­nya, semalam.
AKTIVITI SIHAT: Lau (depan, tengah) semasa mengikuti aktiviti senaman bersama kakitangan­nya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia