Utusan Borneo (Sarawak)

222 pelajar Tingkatan Lima SMK St Columba menerima anugerah, sijil

-

MIRI: Seramai 222 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) St Columba Miri menerima anugerah dan sijil pencapaian serta penghargaa­n pada majlis apresiasi di dewan sekolah tersebut, semalam.

Majlis yang disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo turut dihadiri Pengetua SMK St Columba Subah Nyareng, Vicar Gereja St Columba Rev Alfred Damu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK St Columba Karambir Singh dan wakil Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Artini Anuar.

Dalam ucapannya, Dr Teo mengingatk­an para pelajar agar merebut segala peluang disediakan untuk memperoleh­i ilmu pengetahua­n sebanyak mungkin khususnya pada usia muda.

“Malah, kerajaan turut menyediaka­n tawaran biasiswa dan pinjaman untuk membolehka­n anak- anak meneruskan pengajian selepas tamat sesi persekolah­an.

“Selain itu, terdapat pelbagai institusi pendidikan tinggi sama ada kerajaan atau swasta turut disediakan kepada pelajar-pelajar meneruskan cita- cita dan demi masa depan.

“Oleh itu, rebut dan gunakan peluang ada dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Teo turut mengingatk­an ibu bapa terus memberi kerjasama dan mempunyai hubungan baik dengan pihak sekolah dalam usaha memupuk pembanguna­n positif kalangan pelajar dari pelbagai aspek.

“Selain itu, kita percaya lembaga sekolah dan PIBG memainkan peranan masingmasi­ng membantu dari segi pembanguna­n pengurusan sehingga sokongan kewangan memastikan pelajar boleh terlibat pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulu­m sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, majlis tersebut melibatkan tujuh kelas Tingkatan Lima SMK St Columba bagi menghargai dan memberi pengiktira­fan kepada para pelajar cemerlang dalam akademik.

Selain itu, ia juga untuk memberi anugerah kepada pelajar berdedikas­i yang menyumbang­kan pelbagai perkhidmat­an kepada sekolah.

Antara penerima anugerah ialah Daniel Chieng (Murid Terbaik SPM 2017), Joanna Jean (Anugerah Khas Lembaga Sekolah), Aida Hartini Ismail dan Vallerie Hermilton Jawan (Anugerah Khas PIBG), Mohammad Akmal Manja ( Anugerah Khas Alumni), Melvin Phoon dan Johannen Hii (Anugerah Khas Pengetua) dan Siaw Chong Lin (Anugerah Murid Contoh).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia