Utusan Borneo (Sarawak)

PPKM dilancar bantu OKU kembang potensi dalam pelbagai bidang

-

MIRI: Pusat Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri (PPKM) dilancarka­n di Desa Senadin semalam untuk membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mahu mengembang­kan potensi mereka dalam pelbagai bidang.

Menariknya, penubuhan PPKM ini dicetuskan oleh OKU sendiri iaitu Boon Foo Ping yang merupakan presiden persatuan.

Berucap pada majlis pelancaran itu, Boon yang menggunaka­n kerusi roda berkata, persatuan itu beroperasi sejak Jun tahun ini dan telah membantu lebih 40 OKU dari pelbagai kaum.

“Objektif kami membantu rakan-rakan OKU yang lain untuk meningkatk­an kebolehan dalam apa jua bidang yang diminati seperti sukan, kraf selain melanjutka­n pelajaran.

“Selain itu, kami menyediaka­n lawatan ke rumah bagi memberi sokongan kepada OKU yang terhad pergerakan. Kami berharap usaha ini dapat membantu rakan- rakan OKU yang lain menikmati hidup yang lebih baik selain mampu berdikari,” katanya.

Setakat ini, Boon dengan bantuan sukarelawa­n melatih ahli-ahli bermain badminton.

Beliau berharap, dengan sokongan semua pihak PPKM dapat melahirkan atlet paralimpik yang berkeboleh­an dan dapat mewakili Miri.

“Selain itu, saya berharap kerajaan dapat menyalurka­n bantuan dan dana untuk menaik taraf kemudahan yang terdapat di pusat itu,” katanya.

Terdahulu, Menteri Muda Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berjanji membantu persatuan itu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehka­n mereka menerima bantuan.

Lee berkata, sebagai masyarakat penyayang, warga Miri harus menyokong apa jua aktiviti OKU agar mereka tidak berasa tersisih.

“Berdasarka­n pengalaman saya yang terlibat dengan penubuhan Pusat Sunflower sejak 30 tahun lalu, saya tahu golongan OKU ini mampu berdikari dan melakukan pekerjaan seperti orang lain sekiranya diberi latihan dan bimbingan.

“Apa yang penting, kita harus menyokong persatuan OKU seperti PPKM,” kata Lee.

Pada majlis tersebut, Lee menyampaik­an cek geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 untuk PPKM.

Hadir sama Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii.

 ??  ?? RASMI: Lee dan Boon memecahkan belon sebagai simbolik perasmian pusat Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri (PPKM) dilancarka­n di Desa Senadin semalam.
RASMI: Lee dan Boon memecahkan belon sebagai simbolik perasmian pusat Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri (PPKM) dilancarka­n di Desa Senadin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia