Utusan Borneo (Sarawak)

‘Speech Day 2018’ hargai pencapaian cemerlang pelajar SMK Sacred Heart

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart mengadakan ‘Speech Day 2018’ bertempat di dewan sekolah, semalam.

Pengetuany­a David Teo berkata, majlis tahunan itu bagi menghargai pencapaian dan prestasi cemerlang pelajar sepanjang tahun ini.

“Ini merupakan hari yang amat dinantikan semua pelajar kerana ia memberi penghargaa­n kepada usaha mereka sepanjang tahun ini,” ujarnya ketika berucap pada majlis itu.

‘Speech Day 2018’ SMK Sacred Heart dirasmikan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan HCK, Tan Sri Clement Hii. Beliau juga merupakan bekas pelajar Sacred Heart serta penaung majlis itu sejak 15 tahun lepas.

Menurut Teo, majlis tidak hanya memberi penghargaa­n kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga kepada mereka yang berjaya dalam kokurikulu­m dan sebagainya.

“Majlis ini memberi semangat kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi,” jelasnya.

Pada majlis sama, Teo turut merakamkan penghargaa­n kepada Hii yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan majlis serta juga kepada sekolah.

Sejak 15 tahun lepas katanya, Hii telah memberikan insentif tunai berjumlah RM311,640 untuk pelajar dan guru, di samping 55 komputer riba dan dua kereta.

“Pada tahun ini, beliau turut menyumbang­kan wang tunai RM27,430 dan lima komputer riba untuk pelajar yang layak,” ujar Teo.

Menyentuh mengenai pencapaian akademik, beliau berkata sekolah telah menjadi sekolah terbaik di Sabah dan Sarawak dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dua tahun berturut- turut iaitu pada 2016 dan 2017.

Sekolah katanya, berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 3.35 pada 2017 dengan 24 pelajar memperoleh­i 4A penuh.

“Kita juga amat bangga kerana kesemua pelajar lepasan Tingkatan 6 ini berjaya mendapat tempat di universiti,” jelasnya.

Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Teo berkata, pencapaian sekolah juga tidak kurang hebatnya di mana daripada 202 calon, 98.5 peratus lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.98.

“Sacred Heart juga menjadi tiga sekolah terbaik di Sarawak dalam peperiksaa­n SPM. Sejumlah 21 calon memperoleh­i 11A dan 10A,” katanya sambil menambah sekolah turut cemerlang dalam bidang kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia