Utusan Borneo (Sarawak)

Gilap bakat, kebolehan untuk masa depan lebih cerah: Ding

-

SARIKEI: Individu yang berbakat dalam sesuatu bidang harus menggilap kebolehan mereka untuk masa depan yang lebih cerah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Beliau berkata, bakat dan kebolehan itu boleh diterjemah­kan kepada pelbagai aspek yang merangkumi bakat dalam bidang seni, sukan, akademik dan lain-lain.

“Jika kita melihat di negaranega­ra luar ketika ini, terdapat pelbagai program realiti yang berusaha mencungkil bakat seseorang dalam pelbagai bidang dan ia telah dijadikan hiburan untuk tontonan umum.

“Program seumpama ini mampu menarik sokongan masyarakat dan ia menjana pendapatan lumayan kepada pihak penyiar rancangan tersebut melalui slot yang mencecah jutaan penonton.

“Oleh itu, usaha pihak se- kolah yang mengetenga­hkan bakat para pelajar adalah satu langkah bijak untuk memas- tikan mereka bergiat aktif dalam pelbagai bidang, bukan hanya menjurus kepada akademik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony ‘(SAS) Got Talent 2018,’ baru-baru ini.

Program yang berlangsun­g di Dewan SMK St Anthony itu berjaya menarik penyertaan lebih 50 bakat pelajar sekolah terbabit.

Objektif utama program ialah mencungkil bakat para pelajar dalam bidang seni dan sebagai usaha merapatkan hubungan antara pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa pelajar.

Menurut Ding, penganjura­n program sedemikian juga mampu menjadi platform kepada para pelajar untuk mengurangk­an tekanan setelah memberikan lebih fokus kepada bidang akademik.

“Ibu bapa dan pihak sekolah perlu memberikan sokongan kepada pelajar yang berbakat dalam bidang tersebut agar bakat mereka dapat diperkemba­ngkan,” tegas Ding.

Dalam pertanding­an tersebut, bagi ‘SAS Got Talent’ kategori nyanyian, tempat pertama dimenangi oleh Hannah Chieng dan Lajoel, kedua Loritta dan tempat ketiga Sharlina dan Syukri.

Bagi ‘SAS Got Talent’ kategori tarian, johan pertanding­an ialah kumpulan tarian Melayu, naib johan tarian Cina dan ketiga tarian ngajat.

Manakala untuk kategori tarian moden pula, kumpulan Solo Dance berjaya muncul johan, kedua tarian Tarzan dan ketiga kumpulan Bicara Berirama.

Para pemenang menerima hadiah berupa piala dan sijil yang telah disampaika­n oleh Ding.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) SMK St Anthony Sarikei Maureen Chua Geck Liang dan Pengetua SMK St Anthony Vincent Liong Shou Chuan.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Mat Ali (empat kanan) menyerahka­n piala kejuaraan kepada kontinjen Kuching disaksikan oleh yang lain.
TAHNIAH: Abang Mat Ali (empat kanan) menyerahka­n piala kejuaraan kepada kontinjen Kuching disaksikan oleh yang lain.
 ??  ?? SYABAS: Ding menyampaik­an hadiah kepada kepada salah seorang pemenang pertanding­an ‘SAS Got Talent,’ baru-baru ini.
SYABAS: Ding menyampaik­an hadiah kepada kepada salah seorang pemenang pertanding­an ‘SAS Got Talent,’ baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia