Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar jangan mudah putus asa untuk menjadi insan cemerlang dan berjaya: Paulus

-

LIMBANG: Golongan pelajar perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak mudah berputus asa untuk menjadi insan cemerlang dan berjaya dalam pelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, bidang pendidikan amat penting yang perlu diberi perhatian serius sekali gus belajar bersungguh- sungguh untuk memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n utama.

“Keputusan peperiksaa­n penting kerana ia akan menentukan hala tuju masa depan kita.

“Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan mudah berputus asa kerana masih banyak peluang yang disediakan kerajaan untuk kita memajukan diri,” ujarnya pada majlis penutupan rasmi Seminar Kecemerlan­gan Pendidikan Pelajar Dayak 2018 anjuran Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) dan Sarakup Dayak Iban Sarawak (SADIA) Cawangan Limbang di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Institut Pendidikan Guru Miri Gumbang Pura, Timbalan Pengerusi Program Narawi Aba, Temenggung Nicholas Buyok Pura dan Penghulu Ekit Awang.

Seramai 153 pelajar tingkatan lima dan enam dari beberapa sekolah menengah di daerah ini menyertai program itu.

Paulus berkata, golongan pelajar yang kurang berjaya dalam akademik perlu menggunaka­n kemahiran yang ada untuk memasuki kolej teknikal.

“Oleh sebab itu, aspek pendidikan amat penting dalam menentukan dan menjamin masa depan yang lebih cerah.

“Bagi yang kurang berjaya mereka boleh memilih untuk menyertai kolej teknikal ker- ana banyak peluang pekerjaan yang disediakan khususnya mereka yang mempunyai kemahiran tertentu,” ujarnya lagi.

Jelasnya, golongan pelajar perlu memanfaatk­an masa yang ada untuk mengulang kaji pelajaran agar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n utama yang akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia