Utusan Borneo (Sarawak)

Misi persatuan mampu dicapai jika ahli jujur dan sanggup meluangkan kepakaran dan wang ringgit untuk berkhidmat

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan menyertai persatuan untuk mendapatka­n ganjaran dan pengiktira­fan bukan sahaja tidak ikhlas, malah merosakkan persatuan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, justeru persatuan perlu memilih dan melantik ahli-ahli yang benarbenar mahu berkhidmat dan mampu melaksana tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada mereka.

Beliau berkata, setiap persatuan mampu mencapai misi penubuhan sekiranya ahli-ahli jujur dan sanggup meluangkan kepakaran dan wang ringgit untuk berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat.

“Jangan mengharapk­an gelaran bintang daripada TYT (Yang di-Pertua Negeri) dan imbuhan wang ringgit kerana ia tidak berlaku. Sekiranya ada niat tersebut, lebih baik jangan masuk mana-mana persatuan.

“Saya tidak mahu, jika tidak mendapat gelaran atau imbuhan, pihak tersebut akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aktiviti dan nama persatuan.

“Perkara seumpama ini sudah berlaku dalam persatuan, justeru saya sebagai ahli majlis Persekutua­n Persatuan-Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) dan Presiden Persatuan Kayan Sarawak (PKS) tidak mahu ini berulang,” ujarnya.

Dennis berkata demikian pada majlis makan malam pelancaran Cawangan Leto (Wanita) Kenyah Baram anjuran Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Beliau menambah, perjuangan dalam persatuan tidak dibayar dan tidak mendapat ganjaran, justeru beliau berharap sesiapa sahaja yang dipilih menjadi jawatankua­sa Leto Kenyah Baram kelak bersedia memberi khidmat sepenuhnya.

“Saya berharap, ahli-ahli yang dilantik dapat men- jalankan amanah dan tanggungja­wab sesuai dengan konteks hidup di bandar di Miri yang sentiasa maju dan komuniti semakin ramai,” katanya.

Terdahulu, Dennis berbangga dengan PKKS yang merupakan salah satu daripada sembilan persatuan yang bernaung di bawah FORUM kerana membuka cawangan wanita yang pertama.

“Ini merupakan satu lagi pencapaian dalam sejarah FORUM khususnya PKKS kerana penubuhan cawangan wanita.

“Lazimnya kita hanya ada sayap wanita. Ini satu lagi langkah ke hadapan PPKS untuk mengembang­kan peranannya khususnya dalam pembanguna­n wanita,” katanya.

Beliau yang mewakili Presiden PKKS merangkap ADUN Murum Kennedy Chukpai menambah, penubuhan Leto Baram Kenyah merupakan contoh baik untuk persatuan lain yang bernaung di bawah FORUM.

“Saya yakin cawangan khas wanita ini akan mengukuhka­n perpaduan di kalangan Kenyah di samping menggerakk­an wanita ke tahap yang lebih tinggi,” kata Dennis sambil berharap cawangan itu dapat bekerjasam­a dengan persatuan FORUM yang lain demi kebaikan komuniti Orang Ulu.

Pada majlis itu, Dennis mengumumka­n peruntukan di bawah projek kecil luar bandar ( MRP) sebanyak RM10,000 dan RM5,000 masing-masing untuk PKKS dan Cawangan Leto Kenyah Baram.

Terdahulu, pengerusi peNganjur merangkap Pengerusi Protem Cawangan Leto Kenyah Baram Esther Joseph Usat berkata, penubuhan cawangan itu akan menjadi landasan untuk menyatukan masyarakat Kenyah di semua peringkat.

Majlis pada malam itu dimeriahka­n dengan persembaha­n koir oleh ahli-ahli PKKS, Cawangan Leto Kenyah Baram, nyanyian dan persembaha­n tarian tradisiona­l.

Turut hadir Timbalan Presiden PKKS Dominic Lusat Sagan, Ketua Cawangan PKKS Kuching Lucas Kalang Laeng, Presiden Persatuan Berawan Sarawak Datin Catherine Awing dan ketua-ketua masyarakat yang lain.

 ??  ?? LANCAR: Dennis berjabat tangan dengan Esther selepas pelancaran Cawangan Leto Kenyah Baram pada majlis makan malam Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak di Miri, malam kelmarin.
LANCAR: Dennis berjabat tangan dengan Esther selepas pelancaran Cawangan Leto Kenyah Baram pada majlis makan malam Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak di Miri, malam kelmarin.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Lau (duduk, empat kiri) serta jawatankua­sanya merakamkan kenangan selepas mesyuarat akhir penganjura­n Rumah Terbuka dan Pameran Makanan Ke-42 PBOBS di Sibu, petang kelmarin.
SERTAI KAMI: Lau (duduk, empat kiri) serta jawatankua­sanya merakamkan kenangan selepas mesyuarat akhir penganjura­n Rumah Terbuka dan Pameran Makanan Ke-42 PBOBS di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia