Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PH diharap terus komited bangun kawasan luar bandar Sarawak

-

KOTASAMARA­HAN: Kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diharap terus komited untuk melaksanak­an projek prasarana dan infrastruk­tur di kawasan luar bandar Sarawak.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Stakan Dato Sri Mohammad Ali Mahmud yang memberitah­u, rakyat Sarawak sudah jemu dihamburka­n dengan pelbagai janji daripada kerajaan persekutua­n selama ini, namun masih terdapat jurang yang ketara dari segi pembanguna­n di kawasan bandar dan luar bandar.

“Justeru, adalah besar harapan kita kerajaan baharu hari ini memberi peruntukan saksama dan sama-rata kepada aspek pembanguna­n rakyat di Sarawak seperti negeri-negeri yang lain menjadi realiti,” katanya di sini baru-baru ini.

Menjelas lanjut katanya, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan masih banyak kemudahan prasarana dan infrastruk­tur yang diperlukan bagi kemudahan rakyat.

“Antara yang perlu diberikan perhatian utama ialah masalah sekolah-sekolah daif, masalah banjir dan kesesakan jalan raya kesan ledakan pembanguna­n di Bahagian Samarahan pada masa ini,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi masalah sekolah daif sekolah yang akan dilaksanak­an program baik pulih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Binyok yang dalam keadaan usang termasuk pembinaan semula rumah-rumah guru, Sekolah Menengah Kebangsaan( SMK) Muara Tuang dengan keadaan atap yang sudah berkarat, dan kerjakerja baik pulih SMK Penrissen membabitka­n peruntukan berjumlah antara RM3 juta dan RM4 juta.

“Begitu juga dengan masalah banjir di Kampung Pangkalan Kuap yang masih menghantui penduduk kampung setiap kali musim tengkujuh sejak berpuluh tahun lalu.

“Sehingga kini, masih belum ada tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini, bagi pembinaan sistem tebatan banjir di kampung ini peruntukan kira-kira RM10 juta diperlukan,”jelasnya.

Katanya, kesan pembanguna­n pesat di Bahagian Samarahan pada hari ini telah menimbulka­n masalah kesesakan khasnya pada waktu puncak.

“Untuk itu, Jalan Datuk Mohd Musa merupakan alternatif kepada orang ramai ke bandar raya Kuching, selain jalan lingkaran luar bandar. Sehubungan itu, jalan ini perlu diperbesar­kan untuk mengatasi masalah kesesakan,” tambahnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak harus terlalu taksub berpolitik sehingga mengabaika­n tanggungja­wab kepada rakyat.

“Sekarang bukan masa untuk kita bermain berpolitik dengan menyalahka­n antara satu sama lain, apa yang penting ialah menggalas tanggungja­wab dan amanah serta kepercayaa­n yang telah diberi rakyat sebagai pemerintah,” tegasnya.

Beliau turut meminta agar rakyat Sarawak memberi sokongan yang padu kepada setiap inisiatif dan usaha kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membawa rakyat terus melangkah maju ke hadapan menjadi negeri termaju menjelang tahun 2030. SIBU: OCBC Al-Amin dan Kelab Rotary Sibu semalam menyerahka­n sumbangan RM20,000 kepada rumah orang tua Sibu Benevolent Society Nursing Home.

Presiden Kelab Rotary Sibu Fabian Ling berkata, sumbangan itu untuk membantu kos mengecat rumah orang tua.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membawa keceriaan dan keselesaan kepada warga penghuni rumah orang tua di sini,” jelasnya kepada pemberita.

Cek sumbangan disampaika­n oleh Pengurus Cawangan Sibu OCBC Al-Amin Albee Ling kepada Naib Pengerusi Sibu Benevolent Society Nursing Home Robert Chew.

Hadir sama Bendahari Sibu Benevolent Society Nursing Home Teo Ching Ho dan Pengurus Operasi dan Perkhidmat­an OCBC AlAmin Sibu Ho Lee Chee dan bekas presiden Kelab Rotary Sibu Hong Sing Kai.

 ??  ?? SUMBANGAN: Albee (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Chew (lapan kanan) mewakili Sibu Benevolent Society Nursing Home. Turut kelihatan, Fabian (kanan).
SUMBANGAN: Albee (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Chew (lapan kanan) mewakili Sibu Benevolent Society Nursing Home. Turut kelihatan, Fabian (kanan).
 ??  ?? TINJAU: Mohd Ali (tengah) meninjau projek Program Transforma­si Luar Bandar yang dilaksanak­an dalam DUN Stakan tahun ini.
TINJAU: Mohd Ali (tengah) meninjau projek Program Transforma­si Luar Bandar yang dilaksanak­an dalam DUN Stakan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia