Utusan Borneo (Sarawak)

12 jelitawan akan berentap pada final Miss Tourism Sibu, 2 Dis

-

SIBU: Seramai 12 jelitawan akan berentap pada pertanding­an akhir Miss Tourism Sibu (MTS) 2018 yang dijadual berlangsun­g di Hotel RH pada 2 Disember ini, bermula jam 5.30 petang.

Mereka yang berjaya melangkah ke pentas final ialah Alice Ngoi Si Si, Bernadette Mai, Christina Ringgit, Cynthia Bayum, Emily Renya Lenggang, Ivy Kiung Xiu Er, Lim Shin Ni, Martina Huang, Nalinsa, Olivia Siew Lee Hui, Paramjit Kaur dan Terrina Rosser.

MTS julung kali dianjurkan oleh Butik Corak Dayak & Salon dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pejabat Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Sibu.

Pengerusi penganjur MTS Justine Ipas berkata, pertanding­an bertujuan mempromosi­kan kebudayaan etnik Malaysia ke dalam industri fesyen serta mempromosi­kan pereka muda yang berbakat ke persada dunia fesyen.

“Pertanding­an ini juga bagi mempromosi­kan Sibu sebagai salah satu tarikan pelanconga­n di Sarawak,” ujarnya pada sidang media selepas memperkena­lkan 12 peserta akhir di Hotel RH, semalam.

Menurut Justine, 12 peserta akhir itu dipilih daripada kira- kira 30 peserta yang disenarai untuk pertanding­an akhir.

“Untuk MTS ini, kita telah menjalanka­n uji bakat di Sibu, Bintulu dan Sarikei sejak September lepas,” ujarnya sambil menambah peserta akhir datang dari Sibu, Pakan, Kuching dan Bintulu.

Menyentuh mengenai hadiah, juara MTS 2018 akan menerima wang tunai RM2,000, tiara, jambangan bunga, selempang dan sijil penyertaan. Tempat kedua hingga keempat masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM1,000, RM700, RM500 dan RM300, berserta jambangan bunga, selempang dan sijil penyertaan.

Di samping itu, peserta yang memenangi gelaran Miss Congeniali­ty dan Miss Best Social Media masing-masing akan menerima RM100, selempang dan sijil penyertaan.

Bagi pereka fesyen, pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah wang tuai RM1,000 kepada pemenang, kedua (RM700) dan ketiga (RM500), berserta trofi dan sijil penyertaan.

Bagi yang ingin menyaksika­n pertanding­an akhir MTS 2018, boleh mendapatka­n tiket meja berharga RM900, RM850 dan RM750 atau menghubung­i Sibli Yusof Bajai menerusi talian 0145849159.

 ??  ?? BARISAN JELITAWAN: Peserta akhir yang akan berentap pada pertanding­an akhir Miss Tourism Sibu 2018.
BARISAN JELITAWAN: Peserta akhir yang akan berentap pada pertanding­an akhir Miss Tourism Sibu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia