Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Hazland saran sekolah di kawasan DUN Demak Laut contohi inisiatif SK Bako untuk melonjakka­n pembelajar­an STEM

-

KUCHING: Pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dicadangka­n untuk menubuhkan makmal Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam usaha memperkasa­kan pengetahua­n dan kemahiran murid- murid dalam bidang tersebut.

Cadangan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dalam pertemuan dengan beberapa guru besar sekolah rendah di kawasan DUN Demak Laut di sini, baru-baru ini.

“Ketika ini kita di Demak Laut telah pun mempunyai sebuah makmal STEM di Sekolah Kebangsaan ( SK) Bako. Makmal STEM ini merupakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” ujarnya.

Malah, beliau memberitah­u pada masa ini pelajar di sekolah rendah sudah mula didedahkan dengan teknologi menerusi penggunaan telefon pintar sama ada menerusi pembelajar­an mahupun permainan video oleh ibu bapa dan keluarga mereka.

“Justeru, dengan adanya penubuhan makmal STEM di sekolah-sekolah dapatlah murid-murid ini bukan sahaja mempelajar­i, tetapi juga menguasai bidang kemahiran STEM.

“Untuk itu, saya mahu semua sekolah kebangsaan di DUN Demak Laut mempunyai makmal STEM dan menjadikan SK Bako sebagai model dalam pembelajar­an STEM di sekolah,” katanya.

Turut hadir guru besar Sekolah Kebangsaan ( SK) Bako, SK Senari, SK MuaraTebas, SK Pajar Sejingkat, SK Gobeilt dan SK Chung Hua Sungai Buda.

Dr Hazland turut melahir- kan keyakinan bahawa jika makmal STEM berjaya dilaksanak­an di sekolah-sekolah di kawasan DUN Demak Laut, pasti lebih ramai modal insan berkemahir­an dalam bidang itu dapat dilahirkan, sekali gus dapat membangunk­an Sarawak yang kini sedang dilonjakka­n dengan ekonomi digital.

“Saya menyokong apa jua cadangan yang menarik berkaitan penubuhan makmal STEM ini dan juga bersedia membantu dengan menambah peruntukan sedia ada.

“Begitu pun, guru besar perlu bekerjasam­a dengan PIBG di sekolah masing-masing dalam membincang­kan penubuhan makmal STEM ini,” tambahnya.

Mengenai cadangan mengadakan beberapa program dan aktiviti di sekolah, Dr Hazland menjelaska­n beliau tidak mempunyai masalah dalam setiap cadangan yang dikemukaka­n, tetapi biarlah ia dilaksanak­an bersama dengan PIBG sekolah.

“Sejak beberapa tahun, saya telah memberikan peruntukan khas kepada setiap PIBG sekolah di kawasan DUN Demak Laut untuk diadakan program dan aktiviti berfaedah dan kepentinga­n bersama murid-murid, pihak sekolah dan ibu bapa.

“Menerusi peruntukan ini, pihak sekolah dan PIBG boleh mengadakan program dan aktiviti yang dirasakan boleh memberikan manfaat kepada semua pihak seperti pelaksanaa­n makmal STEM yang dicadangka­n dalam perbincang­an ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Hazland turut meminta pihak sekolah dan ibu bapa bersikap bertoleran­si dalam mengambil berat mengenai permasalah­an yang berlaku ke atas murid-murid dengan pihak sekolah.

Tegasnya, ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi kepada pihak sekolah dan guru dalam mendidik anakanak mereka untuk mendapatka­n kemahiran dan ilmu pengetahua­n.

Katanya, dalam hal ini, ibu bapa perlu juga mengambil berat tentang akan apa yang berlaku ke atas anak-anak mereka dengan mengawasi segala tingkah laku mereka supaya ia terkawal.

“Bagaimanap­un, ibu bapa tidak boleh meletakkan tanggungja­wab mendidik dan mengajar anak-anak mereka sepenuhnya ke atas bahu guru-guru dan pihak sekolah sahaja,” ujarnya.

 ??  ?? MENYAYAT HATI: Orang awam mengerumun­i kedua-dua kanak-kanak tersebut selepas kemalangan berlaku pada Selasa lalu.
MENYAYAT HATI: Orang awam mengerumun­i kedua-dua kanak-kanak tersebut selepas kemalangan berlaku pada Selasa lalu.
 ??  ?? BINCANG: Dr Hazland mengadakan pertemuan dengan guru besar sekolah di bawah kawasan Demak Laut baru-baru ini.
BINCANG: Dr Hazland mengadakan pertemuan dengan guru besar sekolah di bawah kawasan Demak Laut baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia