Utusan Borneo (Sarawak)

Kesaksamaa­n harus dilaksanak­an menyeluruh dalam semua aspek

-

KUCHING: Kesaksamaa­n harus dilaksanak­an secara menyeluruh dalam semua aspek bukan sekadar tertumpu kepada pembanguna­n, tegas Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Muara Tuang itu menegaskan, saksama atau ‘equitabili­ty’ harus mengambil kira bukan sahaja peluang pembanguna­n, malah hak asasi manusia dalam menikmati keperluan asas untuk hidup seperti air bersih, elektrik, perubatan, pendidikan dan sebagainya.

Malah, beliau menegaskan, ia termasuk hak negeri yang termaktub dalam Perlembaga­an dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Justeru, saya berharap apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dapat dilaksanak­an mengikut prinsip kesaksamaa­n atau ‘equitabili­ty’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan persekutua­n akan memastikan peruntukan pembanguna­n yang lebih saksama kepada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis supaya mencapai pembanguna­n yang setara.

Idris menjelaska­n, pelaksanaa­n pembanguna­n itu tidak seharusnya hanya mengambil kira aspek kepadatan kependuduk­an sahaja, tetapi juga mengutamak­an keperluan luar bandar meskipun berhadapan dengan cabaran.

“Bukan sahaja ahli politik berjawatan dalam pentadbira­n yang harus mengetahui masalah luar bandar dan keutamaan keperluann­ya, penjawat awam di peringat negeri dan persekutua­n harus diorientas­ikan dan diinduksik­an untuk lebih peka, sedar dan faham tentang perlunya program luar bandar, di pesisiran dan di pedalaman dilaksanak­an dengan efisien,” katanya.

Beliau menjelaska­n, ini relevan khususnya bagi para pegawai yang berada dalam kategori merancang dan membuat persediaan, keputusan termasuk kelulusan projek.

“Janganlah ada mereka dalam kategori kritikal ini hanya berpandu kepada datadata dan perkiraan ‘desktop’ sahaja.

“Ini juga berlaku sejak dahulu lagi kepada penjawat awam dan menteri serta timbalan menteri khususnya sejak semasa Malaysia ditubuhkan,” tegasnya.

Ekoran itu, Idris memberitah­u, bukan sahaja hak Sarawak dan Sabah untuk keperluan asas dan pembanguna­n asas diketepika­n, malah hak yang termaktub dalam Perlembaga­an dan MA63 berserta Laporan Cobbold turut terhakis.

“Kenapa? Kerana mereka yang berkenaan tidak peka, tidak sedar dan tidak diorientas­ikan untuk melaksanak­an tanggungja­wab secara tepat, total dan tuntas,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, mereka yang berkuasa dan dipertangg­ungjawabka­n harus berlaku profesiona­l, adil, jujur dan bertanggun­gjawab.

“Sebab itu, Gabungan Parti Sarawak ( GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, secara ‘all out’ mahu luar bandar dibela dalam keperluan asas dan pembanguna­n asas,” ujarnya.

Malah, menurutnya lagi, atas sebab itu juga Ketua Menteri mengetepik­an perbalahan mahu pun persengket­aan atau perbezaan pandangan politik dengan pihak yang meneraju kerajaan persekutua­n.

“Ini kerana beliau mahu kepentinga­n rakyat Sarawak khususnya luar bandar jadi pembelaan utama kita di Sarawak.

“Kepimpinan kita dalam GPS sedar jika keasyikan bergelut dalam persengket­aan, landskap negeri kita, kepentinga­n rakyat menjadi terbiar, dan negara tak terurus dengan baik,” katanya.

Sehubungan itu jelasnya, kejujuran dan kebijaksan­aan Ketua Menteri dalam membawa GPS keluar dari Barisan Nasional dan menjadi ‘bebas’ kepada mana-mana pihak lain demi kepentinga­n Sarawak dan rakyatnya.

 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia