Utusan Borneo (Sarawak)

MBM mahu kerajaan pusat hidupkan semula beberapa projek di Sarawak

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mahu kerajaan persekutua­n menghidupk­an semula beberapa projek pembanguna­n di Sarawak khususnya pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, kebanyakan projek yang telah diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kini telah dibatalkan.

“Tidak banyak projek pembanguna­n persekutua­n di bawah majlis. Bagaimanap­un, projek penambahba­ikan lalu lintas untuk bulatan GK di kawasan Pujut adalah projek yang sangat diperlukan dan diminta oleh penduduk Miri, khususnya pengguna jalan raya.

“Dengan kajian separuh penggal berkenaan, merupakan masa yang tepat untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghidupk­an semula projek bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit terutamany­a pada waktu puncak,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai Kajian Separuh Penggal RMK11 pada Hari Bertemu Pelanggan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Miri di sini kelmarin.

Menurut Yii, sebagai rakyat Sarawak, beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila beberapa projek di Sarawak yang telah diluluskan sebelum PRU14 dibatalkan selepas PH mengambil pentabiran kerajaan persekutua­n.

“Kita amat mahukan kerajaan PH mengembali­kan semula projek-projek berkenaan untuk manfaat Sarawak teru- tamanya dari segi pembanguna­n dan kajian berkenaan akan memberi faedah secara langsung kepada rakyat,” tambahnya.

Dalam perkembang­an lain menerusi Hari Bertemu Pelanggan terbabit, Yii turut mengingatk­an pemilik haiwan peliharaan yang telah mendaftark­an anjing masing-masing dan belum menerima tag anjing, diminta bagi mendapatka­n tag berkenaan di bahagian Kebersihan dan Penyelengg­araan Awam MBM pada waktu pejabat.

“Tag berkenaan tidak dapat diberi terus kepada pemilik anjing pada hari pendaftara­n memandangk­an stoknya yang terhad dan pada masa sama, tidak dapat memenuhi peningkata­n pendaftara­n anjing selepas Miri diisytihar­kan sebagai kawasan jangkitan rabies,” ujarnya.

Tambah Yii, MBM turut telah menempah tag tambahan sebanyak 2,200 dan telah menerima 1,200 tag baru-baru ini.

 ??  ?? YII
YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia