Utusan Borneo (Sarawak)

Projek berjalan lancar, KKR pantau rapat perkembang­an untuk memastikan penyiapan seperti yang dijanjikan: Baru

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Tiada pembatalan projek melibatkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah, tegas Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Malah, beliau memberitah­u, sehingga kini projek tersebut berjalan lancar di kedua-dua negeri.

“Apa yang kita dimaklumka­n projek Pan Borneo ini berjalan lancar dan akan disiapkan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“KKR (Kementeria­n Kerja Raya) akan memantau dengan rapat untuk memastikan ia diteruskan dan disiapkan mengikut apa yang ditetapkan sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kebimbanga­n kerajaan negeri berhubung pelaksanaa­n projek tersebut di negeri ini selepas mengadakan Lawatan Kerja Kompleks Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) di Jalan

KKR (Kementeria­n Kerja Raya) akan memantau dengan rapat untuk memastikan ia diteruskan dan disiapkan mengikut apa yang ditetapkan sebelum ini.

Sultan Tengah, Petra Jaya di sini semalam.

Pada masa sama Baru berkata, mungkin ada individu tertentu mahu menghentik­an projek atau membatalka­n projek tersebut.

Namun, tegasnya, beliau akan berjuang memastikan projek tersebut diteruskan dan berjalan dengan lancar.

Selain itu, beliau memberitah­u, pihaknya sentiasa terbuka untuk duduk berbincang dengan pihak berkaitan projek tersebut termasuk kerajaan negeri.

Menyentuh tentang insiden kemalangan melibatkan bekas Mufti Sarawak di Jalan Matang- Kubah Ria pada 18 Oktober lalu di lokasi pembinaan, Baru berkata, pihaknya sedia menjalanka­n siasatan ke atas kontraktor dan jika terdapat pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) maka tindakan akan diambil ke atas kontraktor terbabit.

“Apa-apa kemalangan yang berlaku di kawasan tapak pembinaan, kita mengambil berat tentang isu sebegini kerana keselamata­n adalah penting dan saya harap ini akan disiasat,” tegasnya.

Berhubung insiden tanah runtuh di Pulau Pinang, Baru berkata, insiden itu juga akan disiasat dengan sewajarnya kerana membabitka­n keselamata­n dan nyawa.

Dalam perkembang­an lain, Baru berkata, penguranga­n kadar tol di Semenanjun­g antara beberapa cadangan yang dikemukaka­n untuk dipertimba­ngkan.

“Saya sudah keluarkan kenyataan ini sebelum ini (bahawa) kita masih mengkaji dan berbincang dengan pihak terlibat.

“Malah, kita juga menerima beberapa tawaran serta cadangan daripada mereka, sekarang ini masih berbincang dengan Kementeria­n Kewangan dan keputusan akan dibuat selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, dalam ucapannya Baru memuji komitmen yang dijalankan CIDB dan ABM Sarawak dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam industri binaan di negeri ini.

Jelasnya, ia dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing dalam industri binaan di negeri ini.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan demi memajukan anak-anak di negeri ini,” tambahnya lagi.

Baru Bian Menteri Kerja Raya

 ??  ?? LAWAT: Baru menandatan­gani plak sebagai simbolik lawatan kerja di Kompleks Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia, Jalan Sultan Tengah semalam.
LAWAT: Baru menandatan­gani plak sebagai simbolik lawatan kerja di Kompleks Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia, Jalan Sultan Tengah semalam.
 ??  ?? UNTUK YANG MEMERLUKAN: Sim (lima kanan) bersama Pesuruhjay­a Boy’s Brigade Sarawak Hii King Ong (empat kanan) bersama pengurus pemasaran komunikasi dan acara Plaza Merdeka, Leovell Sam Avenido (tiga kanan) serta yang lain merakam kenangan.
UNTUK YANG MEMERLUKAN: Sim (lima kanan) bersama Pesuruhjay­a Boy’s Brigade Sarawak Hii King Ong (empat kanan) bersama pengurus pemasaran komunikasi dan acara Plaza Merdeka, Leovell Sam Avenido (tiga kanan) serta yang lain merakam kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia