Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama rakyat, wakil rakyat, agensi permudah penyaluran pembanguna­n

-

ENGKILILI: Rakyat dan wakil rakyat serta agensi kerajaan perlu memperkuku­hkan jaringan kerjasama untuk mempermuda­hkan penyaluran pembanguna­n di kawasan masing-masing.

Sambil menyifatka­n hubungan itu ibarat irama dan lagu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menekankan kerjasama utuh tersebut menentukan projek berjalan mengikut perancanga­n, mencapai misi dan visi kerajaan serta tidak menjadi ‘projek gajah putih.’

“Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya duit yang dilaburkan untuk pembanguna­n serta mempermuda­h kehidupan rakyat gagal memberi impak diharap hanya disebabkan ketiadaan kerjasama diharapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tila Adin, Pak, Batang Ai, Engkilili di sini semalam.

Sehubungan itu menurut Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu lagi, agensi pelaksana seperti Pejabat Residen, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran serta majlis daerah perlu memantau semua projek di bawah seliaan mereka dilaksanak­an mengikut piawaian ditetapkan.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu rakyat mendukung dan menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sedaya upaya memperkasa serta merperjuan­gkan hak Sarawak daripada kerajaan persekutua­n.

“Bukan rahsia lagi Abang Johari sedaya upaya membawa suara kita di peringkat persekutua­n dan begitu vokal hingga sampai satu tahap diancam oleh pengguna alam maya yang tidak menyenangi kelantanga­n beliau,” ujarnya.

Namun katanya, itu tidak mematahkan semangat perjuangan Ketua Menteri dan beliau bersama wakil rakyat kerajaan akan terus senada membawa harapan, impian serta suara anak Sarawak ke tempat paling tinggi selaras perjanjian MA63 serta hak eksklusif minyak dan gas negeri ini.

Katanya, rakyat yang sayang serta mencintai negeri ini wajar meletakkan kepentinga­n negeri mengatasi segala- galanya seterusnya menolak parti luar yang berpangkal­an di Semenanjun­g.

Tegasnya, hanya parti tempatan memahami sentimen, kemahuan serta aspirasi Sarawak.

“Semua maklum bahawa kerajaan PH gagal menunaikan manifesto yang mereka sendiri lontarkan kepada pengundi hingga rakyat memberi undi dan lihatlah apa sudah jadi sekarang,” soalnya.

“Jika mahupun pembangkan­g bersuara biarlah ia parti yang bermastaut­in parti anak Sarawak sendiri,” tambahnya.

Pada majlis sama, Dr Rayong mengumumka­n pemberian geran MRP masing-masing RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Biro Wanita.

Sebagai tambahan, beliau menambah dana di bawah RTP tahun hadapan bernilai RM70,000 untuk kerja-kerja pembinaan sistem perparitan di Rumah Tila Adin.

Hadir sama wakil Majlis Daerah Lubuk Antu Melo Agan, wakil agensi kerajaan, para kaunselor, tuai-tuai rumah serta tetamu jemputan sekitar DUN Engkilili.

 ??  ?? RASMI: Dr Rayong memotong reben sebagai simbolik perasmian jalan baharu Rumah Tila di Pak, Batang Ai Ili semalam. Turut kelihatan Tila (dua kiri), Melo (empat kiri) serta mereka yang lain.
RASMI: Dr Rayong memotong reben sebagai simbolik perasmian jalan baharu Rumah Tila di Pak, Batang Ai Ili semalam. Turut kelihatan Tila (dua kiri), Melo (empat kiri) serta mereka yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia