Utusan Borneo (Sarawak)

‘BB Love Box’ kembali dari 27 Oktober hingga 7 Disember

-

KUCHING: Projek ‘ BB Love Box’ kini kembali untuk edisi ketujuh bermula dari 27 Oktober hingga 7 Disember 2018.

Dianjurkan Boy’s Brigade Sarawak, projek juga menyasarka­n untuk mempromosi­kan semangat kemasyarak­atan dikalangan ahlinya dan berkongsi keseronoka­n semasa musim Krismas bersama mereka yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

Kesemua bahagian Boy’s Brigade di seluruh Sarawak turut mengambil bahagian dalam projek tahun ini berbanding beberapa tahun lepas yang hanya menyaksika­n bahagian Kuching sahaja terlibat.

Dengan 27,000 hadiah yang telah diagihkan semasa projek sebelumnya, projek kali ini menyasarka­n untuk mengumpul 15,000 hadiah memandangk­an lebih banyak bahagian menyertain­ya.

“Saya berharap orang ramai turut memberi sokongan kuat terhadap inisiatif bagi memenuhi keinginan mereka yang memerlukan,” kata pengerusi pengelola ‘ BB Love Box’ Sarawak, Sin Tze Sian pada sidang media di sini, semalam.

Para penerima ‘BB Love Box’ dikenal pasti dengan bantuan daripada kementeria­n berkaitan dan organisasi sosial seperti rumah untuk orang tua, rumah yatim piatu dan pusat dialisis.

Orang ramai yang ingin mendermaka­n hadiah boleh melawat mana-mana ‘booth’ pengumpula­n hadiah yang disediakan.

Hadiah yang dikumpul akan diagihkan kepada penerima masing- masing dari 12 hingga 20 Disember.

‘Booth’ pengumpula­n BB Love Box akan disediakan di pusat-pusat beli-belah seperti Vivacity, Plaza Merdeka dan Crown Square di sini (Kuching 27 Oktober hingga 2 Disember).

Sementara di Pasar Raya Farley (11 November hingga 2 Disember), Bintang Megamall ( Miri 1 November hingga 7 Disember) Parkcity Mall dan Time Square Mall (Bintulu 1 November hingga 2 Disember) serta Limbang Plaza (Limbang 1 November hingga 21 November).

Majlis perasmian akan diadakan di Plaza Merdeka pada 27 Oktober dan dijangka disempurna­kan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

TEA FM telah dilantik sebagai penyiar radio rasmi dengan DJ TEA FM Addy, Joyce dan TP yang dilantik sebagai duta projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia