Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk bergotong-royong atasi isu perumahan Ranggau

-

LIMBANG: Isu membabitka­n masalah sampah sarap, rumah terbiar, anjing liar dan pembiakan nyamuk dihadapi penduduk di Perumahan Ranggau berjaya ditangani melalui keberkesan­an Program Gotong- Royong Perdana di bawah Program Sayangi Komuniti ( PSK) yang diadakan pertama kali di sini semalam.

Pegawai Perpaduan Bahagian, Mohd Fakri Asmad berkata program anjuran Jabatan Perpaduan melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ranggau satu inisiatif berterusan membantu penduduk perumahan terbiar dibelenggu masalah itu sekian lama.

Jelasnya, program itu memberi impak positif mengurangk­an masalah sampah sarap melalui penglibata­n semua pihak tanpa bergantung sepenuhnya kepada KRT dan agensi kerajaan.

“Program Gotong-Royong Perdana mendapat penyertaan daripada ahli-ahli KRT Ranggau dan masyarakat kawasan itu menangani masalah sampah- sarap, anjing liar, rumah terbiar, semaksamun boleh menjadi tempat habitat binatang berbisa dan pembiakan nyamuk,” katanya ditemui selepas program itu semalam.

Turut sama Penolong Pegawai Perpaduan, Nor Harison Romli dan Pengerusi KRT Ranggau, Adinan Adol.

Katanya, selain program gotong-royong dengan kerjasama Majlis Daerah Limbang (MDL), pihaknya menjalinka­n kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah (AADK) Limbang menangani masalah dadah melalui ‘Program Ranggau Cergas Tanpa Dadah’.

“Program bersama AADK itu satu usaha kita membantu ibu bapa melakukan pencegahan awal menangani masalah dadah di kawasan Ranggau,” katanya.

Beliau juga memberitah­u KRT Ranggau merupakan antara KRT yang paling aktif di sini selain KRTKRT lain.

“Program ini satu penanda aras Jabatan Perpaduan membantu KRT Ranggau berhubung dengan agensiagen­si lain menangani pelbagai isu setempat.

“Malah, Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah KRT Ranggau melakarkan pencapaian terbaik mengurangk­an kadar jenayah, curi, lepak, vandalisme dan sebagainya di kawasan penempatan mereka walaupun melakukan rondaan tanpa sebarang bayaran,” jelasnya.

Menurut Fakri, selain KRT Ranggau, KRT Limpaki turut tercalon di bawah Pengurusan KRT Cemerlang mewakili Sarawak yang dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan tahun ini.

Hampir 100 orang menyertai program itu dengan mengadakan aktiviti membersih kawasan persekitar­an secara meluas di kawasan Ranggau selain program senamrobik, cabutan bertuah dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia