Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang lebih ramai pelajar melanjutka­n pengajian di pusat TVET

-

LUMUT: Kementeria­n Sumber Manusia bercadang untuk menetapkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK) sebanyak RM100 sebulan, kata menterinya M. Kula Segaran.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengatasi isu pembiayaan pinjaman selain memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutka­n pengajian di pusat bertauliah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) awam dan swasta di seluruh negara.

Katanya sehingga kini hampir 120,000 daripada 400,000 peminjam liat untuk membayar balik pinjaman sehingga menyebabka­n kementeria­nnya menghadapi masalah melakukan pemusingan pembiayaan.

“Kami faham keadaan mereka, jadi apa yang kami lakukan adalah kami cuba kuatkuasak­an peraturan ini untuk mendapatka­n kembali wang ini, dan sebaik sahaja kami dapat, kerana tidak perlu lagi memberi kami sumbangan tahunan.

“Saya juga bertemu Dr Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk mendapatka­n surat untuk dihantar kepada semua pelajar bahawa mereka perlu membayar RM100 sebulan sehinggala­h mereka selesai membayar balik pinjaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan di kuil Sri Ramar Thevalaya Paripalana Sabah di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di sini, semalam.

Kula Segaran berkata jumlah bayaran balik pinja-

Kami faham keadaan mereka, jadi apa yang kami lakukan adalah kami cuba kuatkuasak­an peraturan ini untuk mendapatka­n kembali wang ini, dan sebaik sahaja kami dapat, kerana tidak perlu lagi memberi kami sumbangan tahunan. M. Kula Segaran Menteri Sumber Manusia

man tersebut hendaklah dibuat selepas enam bulan menamatkan pengajian, namun sekiranya peminjam tidak mempunyai pendapatan kerana belum bekerja mereka boleh membuat rayuan penangguha­n bayaran.

“Kita faham situasi mereka yang kebanyakan­nya anak muda dan datang daripada keluarga yang miskin jadi kita bagi kelonggara­n jika mereka tidak bekerja, boleh datang ke pejabat PTPK dan membuat penangguha­n pembayaran,” katanya.

Dalam pada itu, Kula Segaran berkata sehingga suku ketiga tahun ini, kementeria­nnya telah mengeluark­an pembiayaan sebanyak RM105 juta kepada pelajar TVET di seluruh negara.

Dalam perkembang­an lain, Kula Segaran berkata pihaknya sedang menjalanka­n kajian termasuk melakukan siasatan ke atas majikan sama ada berlaku pelanggara­n keselamata­n pekerjaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyiasat bagaimana majikan berkenaan boleh membenarka­n pekerja tinggal di lokasi kejadian sehingga mengakibat­kan mereka tertimbus hidup-hidup dan tidak akan berkomprom­i terhadap sebarang perlanggar­an keselamata­n.

“Ketika ini, pegawai Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan tiga pegawai Jabatan Tenaga Kerja sudah berada di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan,” katanya.

Setakat ini, empat disahkan maut, manakala lapan lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek berkenaan kira-kira jam 2 petang semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Kula Segaran merasmikan Dewan Komuniti Dr V V V Menon di kuil Sri Ramar Thevalaya Paripalana Sabah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat Lumut, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Kula Segaran merasmikan Dewan Komuniti Dr V V V Menon di kuil Sri Ramar Thevalaya Paripalana Sabah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat Lumut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia