Utusan Borneo (Sarawak)

Warga JBPM disaran sentiasa kekalkan kejayaan dalam tugasan

-

SIBU: Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disarankan agar sentiasa mengekalka­n kejayaan dalam tugasan mereka secara konsisten.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PKPjB Khirudin Drahman @ Husaini berkata usaha itu penting demi mengekalka­n kesinambun­gan kejayaan dalam tugasan sekali gus mendorong persepsi positif masyarakat terhadap tugas bomba.

“Kita harus memastikan konsistens­i terhadap tugas adalah terbaik malah harus bersabar menghadapi cabaran kerana persepsi boleh melangkaui realiti.

“Justeru itu, kita mesti berkorban,” katanya pada Majlis Apresiasi Persara 2018 JBPM Negeri Sarawak di sini malam kelmarin.

Khirudin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota JBPM Sarawak yang bersara.

Katanya, jasa dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmat­an selama 30 tahun amat dihargai.

Menurutnya, mereka mencipta banyak kejayaan sepanjang tempoh perkhidmat­an dan kejayaan banyak disokong oleh isteri mereka.

“Sebagai seorang pegawai atau anggota bomba, isteri memainkan peranan penting dalam mencipta kejayaan.

“Justeru itu, sokongan isteri amat diperlukan demi mencapai kejayaan dalam perkhidmat­an sebagai pegawai atau anggota bomba,” ujarnya.

Beliau turut mengingatk­an pegawai dan anggota baharu supaya mengekalka­n kejayaan dicipta oleh pesara bomba.

Pada majlis sama, Khirudin menyampaik­an sijil persaraan kepada seramai 16 penerima.

 ??  ?? SELAMAT BERSARA: Khirudin (duduk, tengah) bersama pesara bomba pada majlis apresiasi di Sibu malam kelmarin.
SELAMAT BERSARA: Khirudin (duduk, tengah) bersama pesara bomba pada majlis apresiasi di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia