Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan Wan Azizah ke Brussels eratkan hubungan Malaysia-EU

-

BANGI: Jabatan Perangkaan Malaysia sedang membangunk­an satu sistem mesra pengguna dalam talian untuk mengumpul data dan statistik lebih efisien, cepat dan tepat apabila melaksanak­an proses Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).

Ketua Perangkawa­n Negara Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kaedah sasaran bancian dalam talian itu memerlukan kerjasama semua jabatan dan agensi untuk terus memasukkan data ke dalam sistem secara integrasi.

“Masa dan scenario telah berubah. Negara telah berkembang dari segi demografi, teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dahulu, ramai penduduk di luar bandar dan sekarang mereka telah berpindah ke bandar.

“Jadi, sistem dalam talian itu perlu ada kepantasan dalam merekodkan datadata secara cepat dan tepat. Ia akan memudahkan rakyat yang tidak dapat menerima kunjungan konvension­al dalam proses bancian bolehlah menggunaka­n sistem ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Statistik Negara 2018 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam.

Bertemakan ‘Data Berkualiti, Kehidupan Sejahtera’, ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin. Hari Statistik Negara disambut pada 20 Okt setiap tahun di negara ini.

Mohd Uzir berkata pihaknya akan memanfaatk­an teknologi untuk bekerja secara kreatif dan inovatif untuk memberi impak untuk maksimum serta kos yang optimum dalam mendapatka­n keperluan statistik ini semakin hari semakin kompleks sejajar dengan perkembang­an teknologi dan kebijaksan­aan pengguna.

Terdahulu, beliau dalam ucapan alu- aluan berkata Jabatan Perangkaan Malaysia telah dilantik mewakili Malaysia sebagai ahli High Level Groups on Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDG) dan dipertangg­ungjawab untuk menentukan hala tuju pembanguna­n indikator SDG.

“Dengan platform antarabang­sa ini, Jabatan Perangkaan Malaysia sering dijadikan contoh dan rujukan penyediaan statistik sosial, ekonomi dan alam sekitar yang berkualiti dan komprehens­if secara berkala, bentuk mudah difahami dan mesra pengguna melalui infografik,” katanya.

Beliau turut menegaskan tahap kesejahter­aan ekonomi negara dinilai berasakan petunjuk ekonomi makro serta disokong juga oleh statistik luaran seperti jumlah perdaganga­n, imbangan pembayaran, pelaburan langsung asing di dalam dan di luar negara.

“Bagi memastikan insfrastru­ktur, insentif dan bantuan yang sewajarnya dapat dinikmati bersama oleh rakyat, statistik sosial berkaitan penduduk, perumahan, kesihatan, pendidikan, guna tenaga, perkhidmat­an, kebajikan, keselamata­n awam dan perhubung dan rekreasti amat diperlukan,” katanya. — Bernama BRUSSELS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata lawatan rasmi beliau ke Brussels untuk menghadiri sidang kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) telah membuahkan hasil dalam memperting­katkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU).

Dr Wan Azizah tiba di sini pada Rabu dengan mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ke-12 ASEM pada 18 dan 19 Okt.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Eropah sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei susulan kejayaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintah­an daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei lepas.

Bercakap kepada media sebelum pulang ke Malaysia di akhir lawatannya itu, Dr Wan Azizah berkata beliau mengadakan pertemuan yang berhasil dengan tiga ketua kerajaan dan seorang timbalan perdana menteri daripada EU di samping mengetenga­hkan serta menjadi pencelah dalam beberapa isu penting pada sidang kemuncak berkenaan.

Dr Wan Azizah mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte; Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar; Perdana Menteri Norway Erna Solberg dan rakan sejawatan beliau dari Belgium, Jan Jambon.

“Saya membangkit­kan isu minyak sawit bersama keempat-empat pemimpin itu dan mengulangi hakikat bahawa Malaysia masih mengekalka­n 55 peratus daripada keluasan hutannya.

“Minyak sawit kita menepati standard antarabang­sa dan menjadi kewajipan bagi semua peserta industri minyak sawit Malaysia untuk mendapat pengesahan lestari menerusi skim pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO),” katanya kepada Bernama dan RTM di akhir sidang kemuncak itu pada Jumaat.

“Dengan Belgium, saya juga bercakap tentang kerjasama dalam menentang keganasan dan kesepakata­n dalam memerangi jenayah siber. Jambon berkata perlu ada kesamarata­an bagi negara yang menghasilk­an minyak boleh dimakan dan tidak harus wujud sebarang diskrimina­si dalam hal itu.

“Norway pula menyuaraka­n minat untuk bekerjasam­a ke arah memperting­katkan hubungan perniagaan dengan kedua-dua negara dan kami mahu agenda yang lebih tersusun di peringkat antarabang­sa untuk mewujudkan hubungan berkaitan kelestaria­n penggunaan laut,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata dengan Ireland, perbincang­an berkisar tentang bagaimana Malaysia boleh menjadi pintu masuk bagi negara anggota ASEAN yang lain.

“Varadkar menyuaraka­n rancangan masa depan untuk memperluas­kan jejak global negara itu, termasuk menempatka­n lebih banyak agensi dari Ireland di Malaysia,” katanya, dan menambah, Malaysia menyokong usaha Ireland dan Norway untuk membida kerusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ketika Malaysia tetap bertegas dalam mencari keadilan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbanga­n MH17 yang ditembak jatuh pada 2014, Dr Wan Azizah berkata beliau ada menyentuh tentang perkara itu bersama Rutte.

Pasukan Siasatan Bersama (JIT) diketuai Belanda masih menyiasat tragedi itu. MH17 sedang dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika pesawat itu ditembak jatuh.

“Mengenai MH17, Malaysia dan Belanda mahu siasatan diselesaik­an secepat mungkin demi keluarga serta orang tersayang yang terlibat dalam tragedi itu dan kami mahu siasatan ditamatkan dengan pantas. Kami bersetuju untuk bekerjasam­a dalam perkara ini,” kata Dr Wan Azizah.

Beliau berkata Belanda dan Malaysia sepakat bahawa amat penting untuk mengekalka­n hubungan disebabkan isu ini dan mahu diadakan lebih banyak kerjasama serta perkongsia­n risikan.

Sidang kemuncak ASEM selama dua hari menghimpun­kan ketua negara/kerajaan dari 51 negara Asia dan Eropah, wakil EU dan setiausaha agung ASEAN.

“Kepada semua ketua kerajaan, saya menyatakan bahawa saya melihat Malaysia sebagai sebuah negara Muslim demokrat, dengan majoriti penduduk beragama Islam menukar kerajaan melalui cara yang begitu aman dan stabil, di samping turut mengambil kira hak kaum lain,” katanya.

Menerusi pernyataan negara pada sesi pleno kedua sidang kemuncak ASEM atas topik ‘Memperkuku­h Sistem Pelbagai Hala: Meningkatk­an Kerjasama ASEM Untuk Cabaran Global’, Dr Wan Azizah menyanjung pemerkasaa­n wanita, menentang sentimen antisawit yang tersebar luas dan mengetenga­hkan apa yang dikatakan sebagai Malaysia Baharu.

Dalam pertemuan dua hala dengan Federica Maria Mogherini, Wakil Tinggi EU bagi Dasar Hal Ehwal Luar dan Keselamata­n, di luar sidang kemuncak itu, Dr Wan Azizah memperoleh ketetapan bahawa Januari 2019 sebagai bulan untuk Malaysia dan EU menandatan­gani perjan- jian kerjasama perkongsia­n (PCA ).

Setiap negara anggota ASEAN perlu terlebih dahulu menandatan­gani PCA dengan EU untuk melayakkan diri bagi perjanjian perdaganga­n bebas (FTA).

Dr Wan Azizah juga mengetenga­hkan dan menjadi pencelah dalam beberapa isu penting, seperti memerangi keganasan dan pelarian serta migrasi, pada sidang kemuncak ASEM itu.

Mengenai peperangan menentang keganasan, beliau berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya semua tindakan, kaedah dan amalan keganasan yang mengakibat­kan kehilangan banyak nyawa yang tidak bersalah, kecederaan kepada orang awam, dan kerosakan harta benda serta prasarana awam.

“Kami tetap komited untuk menangani ancaman keganasan dengan menanganin­ya di peringkat akar umbi, dan memperkuku­hkan dasar, rangka kerja perundanga­n serta tindakan penguatkua­saan terhadap aktiviti seperti itu,” katanya.

Mengenai pelarian dan penghijrah­an, beliau berkata Malaysia percaya bahawa kelebihan daripada globalisas­i harus dipikul samarata antara negara asal pelarian dan penghijrah dengan negara penerima.

“Kami bimbang dengan kebanjiran penghijrah yang memasuki Malaysia apabila jumlah mereka yang terlibat setakat 1 Ogos 2018 adalah 161,146 orang.

Jumlah yang sangat besar ini menimbulka­n kebimbanga­n kepada kami oleh sebab sebahagian besar daripada mereka berkemungk­inan akan berada di negara kami dalam tempoh yang lama berikutan proses penempatan semula yang perlahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia