Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Kesihatan Selangor rampas produk dan kosmetik tidak berdaftar

-

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah merampas sebanyak 2,669 kotak produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifik­asi bernilai kira-kira RM407,000, dalam satu serbuan di beberapa lokasi di negeri ini, Selasa lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata serbuan yang dijalankan itu merupakan hasil maklumat orang awam serta risikan dari Cawangan Penguatkua­saan Farmasi Negeri Selangor.

“Kita menerima aduan awam berkenaan penjualan produk serta kosmetik ini yang disyaki mengandung­i racun berjadual yang mana telah dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang.

“Penjual juga dikesan menggunaka­n khidmat kurier untuk menghantar barangan mereka terus kepada pembeli,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kesemua produk dan kosmetik yang dirampas akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kementeria­n menasihatk­an orang ramai supaya sentiasa berhati- hati membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian selain memastikan produk tersebut mematuhi undang-undang yang dikuatkuas­akan.

“Orang ramai juga boleh menyemak kesahihan nombor pendaftara­n produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubung­i Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANAH RUNTUH: Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat keempat mangsa tertimbus di kawasan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, di George Town, semalam.
— Gambar Bernama TANAH RUNTUH: Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat keempat mangsa tertimbus di kawasan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia