Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak polis tunggu laporan forensik kenal pasti peluru

-

PENDANG: Polis sedang menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada peluru sesat yang terkena seorang jururawat di Kampung Bukit Jambul, Pendang, kelmarin, dari lapang sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang ataupun tempat lain.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata pihaknya sedang menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti peluru tersebut memandangk­an ia kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di kawasan berkenaan.

“Kita kena siasat dulu sebelum boleh tahu sama ada peluru itu datang daripada aktiviti di lapang sasar terbabit atau tempat lain.

“Sehingga kini, tiada ma-

Kita kena siasat dulu sebelum boleh tahu sama ada peluru itu datang daripada aktiviti di lapang sasar terbabit atau tempat lain. DSP Arriz Sham Hamezah Ketua Polis Daerah Pendang

salah keselamata­n di situ kerana kedudukan lapang sasar yang terletak di kawasan bukit tetapi kita akan siasat bagaimana peluru tersebut boleh sampai ke kawasan perkampung­an berkenaan,” katanya kepada pemberita semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, kelmarin, Nur Fatihah Azaini, 29, yang baharu 16 hari melahirkan anak perempuan cedera selepas sebutir peluru sesat mengenai sipi pada bahagian kelopak mata hingga pangkal hidungnya.

Nur Fatihah, jururawat di Hospital Pulau Pinang, berkata peluru itu dipercayai peluru sesat datang dari kawasan lapang sasar yang terletak kira-kira 500 meter di sebelah bukit di hadapan rumahnya kerana ketika itu berlangsun­gnya aktiviti latihan menembak pasukan kadet polis sejak pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia