Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh: Mayat keempat mangsa tanah runtuh ditemui

-

GEORGE TOWN: Mayat keempat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini, iaitu lelaki warga Indonesia dibawa keluar dari timbunan tanah pada jam 11.55 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata mayat Bahtiar, 36, ditemui oleh Unit Anjing Pengesan (K9) di sektor satu tidak jauh dari lokasi mayat ketiga dijumpai awal pagi semalam.

“Mayat itu ditemui pada 11.30 pagi dan kami berjaya mengeluark­an mayat daripada timbunan tanah pada 11.55 pagi. Mayat ditemui kira-kira 20 ke 30 meter dari mayat ketiga ditemui.

“Tumpuan pencarian kami adalah di kawasan berhampira­n mangsa terakhir dijumpai. Kami percaya mereka ini berada berdekatan antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam.

Beliau berkata setakat ini tiga lagi mangsa dipercayai masih tertimbus.

“Terbaharu ada rakan mangsa memaklumka­n kepada kami ada lagi seorang mangsa warga Bangladesh dipercayai terperangk­ap dan menjadikan jumlah mangsa yang masih tertimbus tiga orang iaitu seorang warga Indonesia dan dua warga Bangladesh.

“Kami akan maklumkan kepada pihak polis berkenaan tambahan mangsa yang dipercayai masih tertimbus,” katanya.

Saadon berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dihentikan buat sementara jika hujan demi keselamata­n anggota penyela- mat berikutan struktur tanah yang lembut.

Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 petang hari kelmarin itu sehingga kini menyebabka­n empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala tiga lagi dikhuatiri masih terperangk­ap dalam runtuhan tanah.

Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari kelmarin itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Petang kelmarin dua mayat ditemui iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala mayat ketiga Khin Aye Khaing, 33, wanita Myanmar ditemukan pada 1.30 pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia