Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pemeriksaa­n atas kapal, bot penumpang patuhi tatacara pemeriksaa­n: Maritim Malaysia

-

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) menegaskan semua pemeriksaa­n ke atas kapal dan bot penumpang mematuhi tatacara pemeriksaa­n yang ditetapkan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Datuk Mohd Zubil Mat Som hari ini.

Beliau berkata setiap pemeriksaa­n dilakukan secara berhemah dan mesra pelanggan bagi memastikan setiap operator kapal dan bot serta penumpang mengambil langkah keselamata­n ketika melakukan sebarang aktiviti di laut.

Katanya, semasa pemeriksaa­n dilakukan, hanya kru bot layar terbabit sahaja yang dipanggil menaiki bot peronda milik Maritim Malaysia untuk penyerahan dokumen supaya aktiviti pelancong di atas bot layar itu dapat berjalan seperti biasa.

Pemeriksaa­n dilakukan se- cara sopan dan tertib dengan mengambil kira kehadiran pelancong asing dan sama sekali tiada sebarang bentuk kekerasan dilakukan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Langkawi ( NIAGAKAWI) Datuk Alexandar Isac mendakwa pemeriksaa­n penguatkua­saan ke atas kapal siar menimbulka­n ketakutan dalam kalangan pelancong dan boleh menjejaska­n kedatangan pelawat ke Langkawi.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata pemeriksaa­n rambang dilaksanak­an dari semasa ke semasa dan setiap pemeriksaa­n mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang mengambil kira kepentinga­n keselamata­n dan kemesraan pelanggan termasuk pelancong asing berdasarka­n aduan dam maklumat orang ramai.

Mohd Zubil berkata pihakn- ya memandang serius dakwaan NIAGAKAWI, namun sehingga ini, Maritim Malaysia belum menerima aduan atau cadangan daripada NIAGAKAWI berhubung perkara ini serta mengalu- alukan persatuan itu ke pejabatnya bagi meningkatk­an lagi mutu perkhidmat­an.

“Maritim Malaysia telah menyediaka­n pelbagai saluran khas bagi menerima aduan atau cadangan untuk memperbaik­i lagi mutu penyampaia­n perkhidmat­an kepada pelanggan dan rakyat.

Mohd Zubil berkata sebanyak 17 pemeriksaa­n telah dilakukan di perairan Kedah dan Langkawi, dan satu daripada bot layar di bawah pendaftara­n Langkawi Internatio­nal Yatch disyaki telah melakukan beberapa kesalahan melibatkan pelesenan dan keselamata­n penumpang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 pada tahun ini. — Bernama ROMPIN: Tindakan sekumpulan nelayan asing menggunaka­n nombor pendaftara­n bot nelayan tempatan untuk mengabui mata pihak berkuasa bagi menjalanka­n kegiatan menyeludup sejumlah arak dan makanan eksotik bernilai RM300,000 gagal apabila mereka berjaya ditahan kira- kira 20 batu nautika timur dari perairan Tanjung Gemuk, Rompin petang kelmarin.

Berdasarka­n risikan dan maklumat yang diterima, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) telah memeriksa bot berkenaan dan menahan seramai lapan nelayan warga Veitnam termasuk seorang tekong yang berumur antara 25 hingga 35 tahun.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri Pahang Kapten Maritim V. Pannir hasil pemeriksan pada jam 2.45 petang itu, pihaknya mendapati kesemua nelayan berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan awal mendapati bot berkenaan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan mereka dipercayai melakukan kegiatan penyeludup­an dengan menggunaka­n sistem barter (tukar barang) di perairan berkenaan.

Ini berdasarka­n kehadiran beberapa buah bot yang mengelilin­gi bot nelayan berkenaan sebelum mereka berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

M e n u r u t n y a h a s i l pemeriksaa­n lanjut, pihaknya telah menemui sebanyak 46 karton arak dengan jenama tidak dikenali, 10 tong berisi ular dipercayai untuk pasaran Vietnam selain sotong gred A dipercayai hasil laut negara ini seberat tiga tan yang juga cuba diseludup keluar.

Beliau berkata kesemua rampasan berjumlah RM300,000.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen membawa barang-barang kargo, Akta Imigresen 1959/ 63 kerana tiada pengenalan diri yang sah, masing- masing Akta Kastam 1967 dan Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 kerana disyaki menyeludup masuk minuman keras dan haiwan eksotik.

Sementara itu, V.Pannir berkata sejak awal tahun hingga bulan lepas APMM telah merampas 50 bot asing dengan pelbagai kesalahan hasil 500 pemeriksaa­n yang dilakukan.

“APMM sentiasa menjalanka­n rondaan dan kawalan bagi memastikan perairan negeri ini selamat sekali gus dapat membendung aktiviti penyeludup­an di negara ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia