Utusan Borneo (Sarawak)

Diserikan dengan Lambaian Kasih kira-kira 10,000 pelajar di sekitar daerah Kota Setar terdiri daripada pelbagai kaum

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff semalam berkenan ‘bertemu’ rakyat jelata di negeri ini dengan menaiki ‘Bahtera Layang Emas’ bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke- 29 pada Isnin depan.

Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi itu diserikan dengan Lambaian Kasih kira-kira 10,000 pelajar sekolah di sekitar daerah Kota Setar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbaris di sepanjang bahu jalan meliputi laluan perarakan sepanjang 3.2 kilometer yang melibatkan enam ‘check point’ utama.

Rakyat jelata yang mula menunggu di sepanjang jalan seawal 7 pagi di laluan yang bermula dari Dataran Wisma Darul Aman hingga ke Dataran Medan Bandar itu, enggan melepaskan peluang mengabadik­an kenangan dan menyaksika­n istiadat bersejarah yang kali terakhir diadakan kira-kira enam dekad lalu, iaitu pada 20 Februari 1959.

Ketika dibawa berarak menaiki bahtera sepanjang 25 meter dengan ketinggian lima meter itu, baginda berdua tidak putus-putus melemparka­n senyuman dan sekali-sekala melambaika­n tangan kepada ribuan rakyat jelata yang ingin melihat wajah baginda berdua secara lebih dekat.

Bermula di Dataran Wisma Darul Aman dengan iringan pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), 10 kuda dari Unit Berkuda PDRM dengan penunggang­nya lengkap berpakaian istiadat nombor satu, menerajui Bahtera Diraja yang dinaiki baginda berdua sebagai simbolik perisai betapa pentingnya mempertaha­nkan Kesultanan Kedah yang tertua di dunia sejak 1136 sehingga hari ini.

Rusuk kiri dan kanan bahtera itu diiringi oleh seramai 20 Pegawai Tadbir Negeri bermula dari Wisma Darul Aman hingga ke Dataran Medan Bandar berhampira­n Masjid Zahir.

Turut sama berarak mengiringi bahtera itu ialah seramai 40 penghulu yang lengkap berpakaian istiadat sebagai seorang penghulu.

Tiga gajah yang diberi nama Pian, Alam dan Rambai yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang merupakan komponen perarakan yang turut menjadi perhatian rakyat jelata pada acara itu.

Gajah- gajah berkenaan merupakan simbolik kekuatan pemerintah­an diraja dan zaman kegemilang­an raja-raja Melayu suatu masa dahulu.

Di check point kedua iaitu di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, sembilan kuda daripada Pasukan Berkuda Island Horses yang dibawa oleh Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) pula menyertai perarakan itu yang mana penunggang­nya lengkap berpakaian Pahlawan Melayu bagi melambangk­an ciri-ciri hulubalang yang taat setia serta kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan.

Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Jenis Ke- bangsaan Cina Keat Hwa, Alor Setar turut menyertai perarakan bermula di check point itu.

Menyerikan istiadat di check point ketiga pula ialah perarakan pelajar sekolah terdiri daripada 40 orang daripada pelbagai kaum dan usia yang lengkap berpakaian pengawas sekolah sebagai simbolik generasi pelapis pada masa hadapan.

Sementara itu, seramai 60 anggota iaitu masing-masing 20 daripada Tentera Darat (Markas Briged ke6, Infantri Malaysia Sungai Petani), Tentera Laut (Markas Wilayah Laut 3, Tentera Laut Diraja Malaysia Langkawi) dan Tentera Udara Diraja Malaysia Kepala Batas bersama-sama berarak mengiringi Bahtera Diraja di check point keempat selain penyertaan 40 pegawai agama dari pejabat agama dan kehakiman syariah.

Perarakan menjadi lebih meriah dan berwarna-warni di check point kelima apabila seramai 20 anggota Pegawai Tadbir Persekutua­n daripada pelbagai cabang perkhidma- tan yang berpakaian istiadat nombor satu iaitu Tunic Jacket bersama-sama berarak mengiringi Bahtera Diraja dengan kehadiran 80 pemain Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.

Di check point terakhir pula, perarakan berkenaan disertai oleh Ketua Istiadat Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah bersama 10 orang Datuk Bergelar yang dikenali sebagai Orang Besar 16 dan 40 orang Pegawai Tadbir Negeri yang lengkap berpakaian Baju Sikap.

Istiadat perarakan itu dimeriahka­n dengan persembaha­n pelajar dan guru di check point tiga, empat dan lima yang meliputi persembaha­n tarian, senam sihat, wushu, taekwondo, diablo ( yoyo Cina), nyanyian solo, persembaha­n Band Cilik dari SK Seri Muda dan persembaha­n Band Pocket Show Universal Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

Setibanya di Dataran Medan Bandar, baginda kemudianny­a berkenan menerima Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada 136 pegawai Briged 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra.

Sejurus selepas itu, lagu ‘Allah Selamat Sultan’ dimainkan serentak dengan tembakan 21 das meriam sebelum baginda berangkat memeriksa pasukan KKU yang sekali lagi menyembah Hormat Diraja kepada baginda.

Lagu ‘Allah Selamat Sultan’ dimainkan sekali lagi selepas itu sebelum Sultan dan Sultanah berangkat pulang diikuti kerabat-kerabat diraja dan dif-dif jemputan.

Berangkat sama ke istiadat perbarisan kehormatan itu ialah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddi­n dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Arif.

Hadir sama ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria.

Berangkat sama, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Bendahara Kedah Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah; Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddi­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA RAKYAT: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff yang menaiki Bahtera ‘Layang Emas’ berkenan memberi lambaian kasih kepada rakyat yang setia menunggu bagi menyaksika­n Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, di hadapan Dataran Wisma Darul Aman, semalam.
— Gambar Bernama MESRA RAKYAT: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff yang menaiki Bahtera ‘Layang Emas’ berkenan memberi lambaian kasih kepada rakyat yang setia menunggu bagi menyaksika­n Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, di hadapan Dataran Wisma Darul Aman, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERTABALAN: Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff berangkat tiba ke Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, di hadapan Dataran Wisma Darul Aman di Kedah, semalam.
— Gambar Bernama PERTABALAN: Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff berangkat tiba ke Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, di hadapan Dataran Wisma Darul Aman di Kedah, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BAHTERA ‘LAYANG EMAS’: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menaiki Bahtera‘Layang Emas’ pada Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, di hadapan Dataran Wisma Darul Aman semalam.
— Gambar Bernama BAHTERA ‘LAYANG EMAS’: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menaiki Bahtera‘Layang Emas’ pada Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, di hadapan Dataran Wisma Darul Aman semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? ISTIADAT: Dato’-Dato’ Bergelar yang diketuai oleh Ketua Istiadat, Yang Berbahagia Dato’ Bijaya Indera, Dato’ Paduka Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah turut menyertai Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, semalam.
— Gambar Bernama ISTIADAT: Dato’-Dato’ Bergelar yang diketuai oleh Ketua Istiadat, Yang Berbahagia Dato’ Bijaya Indera, Dato’ Paduka Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah turut menyertai Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERARAKAN: Pasukan bergajah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah,‘Pian’, ‘Rambai’dan‘Alam’menyertai Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, semalam.
— Gambar Bernama PERARAKAN: Pasukan bergajah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah,‘Pian’, ‘Rambai’dan‘Alam’menyertai Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-29, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia