Utusan Borneo (Sarawak)

Sarri tegaskan Hazard tidak perlu berpindah ke liga lain untuk jadi pemain terbaik dunia, terus kekal di Chelsea

-

LONDON: Eden Hazard masih dapat menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia walaupun jika dia kekal di Chelsea, kata pengurus pasukan The Blues, Maurizio Sarri, kelmarin. Hazard tidak pernah merahsiaka­n keinginann­ya untuk memenangi Ballon d’Or, hadiah tahunan bagi pemain terbaik dalam sukan bola sepak, atau hasratnya untuk bermain bersama Real Madrid. Bagaimanap­un pemain tengah Belgium berusia 27 tahun itu menegaskan ia “tidak akan menjadi masalah” baginya untuk menamatkan kariernya bersama Chelsea jika perpindaha­n ke Real tidak menjadi. Sementara itu Sarri berkata Hazard dapat merealisas­ikan impiannya sambil terus bermain di Stamford Bridge. “Dia seorang pemain yang hebat sekali,” kata Sarri yang berasal dari Itali.

“Maka itu ia pasti sangat penting bagi kami jika dia terus kekal bersama kami. Sangat, sangat penting.

“Saya juga berpendapa­t dia dapat memenangi segalanya, juga Ballon d’Or, di sini, tanpa bermain di Sepanyol.

“Kerana, contohnya, jika Chelsea dapat memenangi Liga JuaraJuara, Belgium memenangi Kejohanan Eropah, dia dapat memenangi segalanya, tanpa bermain

di Sepan- yol.”

Kontrak Hazard sekarang bersama Chelsea luput pada Jun 2020 dan walaupun dia bercakap mengenai hasrat untuk bermain bersama Real, kelab gergasi di Sepanyol, ia tidak menurunkan prestasiny­a untuk The Blues pada musim ini.

Sejak dia kembali dari kejohanan Piala Dunia di mana dia membantu Belgium menamatkan kempen di tempat ketiga, Hazard sudah menjaringk­an enam gol dalam enam permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua penampilan sebagai pemain gantian.

“Saya dapat menamatkan karier bersama Chelsea,” kata Hazard kepada Sky Sports.

“Tidak ada masalah sama sekali. Saya sangat gembira dengan kelab ini, dengan pasukan, keluarga saya gembira di sini.

“Maka itu, jika saya tidak pergi ke Sepanyol, ia tidak menjadi masalah.

“Saya amat menyukai penyokong - saya rasa penyokong amat menyukai saya. “Apa pun yang berlaku pada masa depan, saya pasti gembira, jadi itulah dia.” — AFP

Saya juga berpendapa­t dia dapat memenangi segalanya, juga Ballon d’Or, di sini, tanpa bermain di Sepanyol. Maurizio Sarri Pengurus Chelsea

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia