Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel tidak menyetujui peraturan bendera merah

-

AUSTIN: Sebastian Vettel mengadu bahawa peraturan bendera merah dalam Formula Satu adalah salah dan perlu menggunaka­n lebih banyak akal fikiran selepas dia dikenakan penalti grid tiga tempat kelmarin.

Penalti itu, kerana memandu laju ketika bendera merah dikibarkan, konsisten dengan penalti bagi pemandu lain pada tahun ini, tetapi menghampak­an Vettel dan menjejaska­n harapannya untuk menghalang Lewis Hamilton daripada memenangi kejuaraan dunia kelimanya pada hujung minggu ini.

Pelumba utama pasukan Ferrari itu dilaporkan kepada pegawai litar kerana tidak memperlaha­nkan kereta secukupnya ketika latihan pembukaan yang dilanda hujan dikibarkan

d e n g a n bendera merah selepas Charles Leclerc membawa balik batu kerikil ke atas litar selepas keretanya berputar.

Vettel berkata dia memperlaha­nkan kereta secukupnya untuk menghormat­i keadaan, dan menambah dia rasa tidak gembira dengan penggunaan masa delta yang tepat.

“Akal fikiran harus ada dengan peraturan yang kita ada,” katanya.

“Menggarisk­an 27.7 saat dengan tepat, sebagai tidak mematuhi peraturan, saya rasa adalah salah.

“Saya rasa saya memperlaha­nkan kereta, saya melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling saya dengan baik. Peraturan adalah jelas - jadi kita tahu.

“Ini adalah kali pertama kami ada ini dalam keadaan basah, di mana sasaran adalah jauh lebih perlahan, jadi kita perlu memperlaha­nkan kelajuan kepada 40-50 ksj untuk menurunkan delta, yang mungkin sesuatu yang saya perlu buat lain kali.

“Namun, pada pendapat saya, itu bukan perkara yang betul. Jika kereta ada betul-betul di belakang kita, ia mungkin akan melanggar kita. Namun ia adalah lebih penting bahawa kita tidak dikenakan penalti.”

Vettel menambah dia kecewa dengan prestasiny­a dan kereta Ferrari pada hari Hamilton dan Mercedes mencatatka­n masa terpantas dalam kedua-dua sesi basah.

“Kami mempunyai pusingan yang mencukupi dan ia adalah jelas bahawa kami tidak berdaya saing,” katanya.

“Kami kehilangan sebahagian besar prestasi.”

Sokongan ternyata padu bagi Vettel dalam lapangan latihan dan ketua Red Bull, Christian Horner, mengetuai kritikan terhadap peraturan bendera merah.

“Ia adalah peraturan yang mengarut, tetapi mereka perlu ada kekonsiste­nan kerana jika tidak, ia menjadikan semua peraturan seperti sandiwara sedikit jika kita ada penalti bagi satu perlumbaan, tetapi tidak di perlumbaan lain,” katanya.

“Namun ia bukan peraturan yang baik. Jika pemandu melakukan jenayah seperti itu, memandu laju di bawah bendera merah, perkara terbesar yang akan menyakitka­n pemandu adalah mendendany­a.

“Beri kepadanya penalti, teguran, denda atau seumpamany­a dan beri wang kepada badan kebajikan. Untuk memberikan penalti tiga tempat, ia menjejaska­n perlumbaan, kelayakan dan ia bukan penalti yang baik.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia