Utusan Borneo (Sarawak)

Emery enggan berasa terlalu bangga

-

LONDON: Pengurus Arsenal Unai Emery telah meminta semua bertenang dan menegaskan pasukan The Gunners masih ada banyak perkara untuk diperbaiki walaupun mencatatka­n sembilan kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Enam daripada kemenangan tersebut diperolehi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Arsenal sudah merapatkan jurang dengan tempat teratas dalam EPL kepada dua mata.

Namun selain kemenangan 5-1 ke atas Fulham dalam perlawanan terakhir mereka sebelum waktu rehat antarabang­sa, Arsenal selalunya mendapat lebih daripada yang sewajarnya dari persembaha­n mereka sejak dua bulan lalu.

“Saya rasa kesukaran sekarang adalah untuk tidak relaks,” kata Emery menjelang kunjungan Leicester esok ( Isnin) ke stadium Emirates.

“Selepas memenangi enam perlawanan dalam EPL, kami perlu terus mencabar dalam setiap perlawanan dan memikirkan tentang perlawanan seterusnya sebagai paling penting.

“Jika kita ingat perlawanan terakhir di Emirates (menentang Wat- ford), kami menang tetapi tidak bermain seperti apa yang kami inginkan, dengan kawalan menentang pasukan lawan.”

Watford juga merupakan satu-satunya pasukan yang telah ditewaskan oleh Arsenal dalam kelompok separuh atas liga setakat ini, selepas mereka tewas dalam dua perlawanan pembukaan kepada Manchester City dan Chelsea.

Emery percaya City, C h e l s e a dan Live r p o o l , y a n g berkongsi t e m p a t t e r a t a s dalamEPL dengan 20 mata daripada lapan perlawanan, tetap menjadi penanda aras.

“Dalam dua perlawa- nan pertama, kami tewas kepada Manchester City dan Chelsea. Namun selepas memenangi enam perlawanan dalam EPL, ia belum berubah. “Kami memerlukan ketenangan ini kerana kami menewaskan banyak pasukan lawan dengan prestasi yang sangat buruk. “Kami perlu kekal bersama pasukan terbaik dalam EPL. Untuk kekal bersama mereka, kami perlu bermain dengan lebih baik dan bertambah baik dalam pelbagai perkara.” E m - ery yakin Pierre- Emerick Aubameyang akan cergas walaupun dia tidak b e r - main untuk Gabon dalam kemenangan kelayakan kedua ke atas Sudan Selatan bagi Piala Negara Afrika pada minggu lepas.

Namun pengurus dari Sepanyol itu mungkin dipaksa membuat perubahan oleh tiga perlawanan yang mencabar dalam tempoh enam hari.

Arsenal bertandang ke Sporting Lisbon dalam Liga Europa pada Khamis dan kemudian menentang Crystal Palace di tempat lawan pada Ahad.

“Setiap pemain, saya perlu merasakan mereka dapat bermain dalam setiap perlawanan. Dengan jarak hanya tiga hari sahaja di antara satu perlawanan dengan perlawanan lain, kita tidak dapat berbuat demikian,” ujar Emery.

“Saya lebih suka bermain pada Sabtu atau Ahad. Ia (bermain pada Isnin) mempunyai kelebihan kerana kita ada lebih masa untuk bersiap sedia bagi perlawanan itu - itu adalah satu perkara positif.

“Selepas itu, kami akan bermain pada Khamis, kami akan bermain pada Ahad juga, dua perlawanan berturut-turut selepas Leicester. Bagi saya, ia bukan alasan kerana kami bersiap sedia untuk Isnin.” — AFP

 ??  ?? EMERY
EMERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia