Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Peter beri kejutan, kesedihan kepada semua terlibat dalam sukan bola sepak benua ini

-

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha­AgungKonfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan meninggal dunia pagi semalam.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John.

“Ya, kami mendengar berita itu. (Kami) masih mendapatka­n butiran daripada anggota keluarga (mendiang),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pagi semalam.

Bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) yang genap berusia 83 tahun pada 1 Okt lepas, meninggalk­an isteri, Datin Pavalam dan dua anak perempuan.

Berasal dari Siliau, Negeri Sembilan, bekas guru yang berkhidmat sebagai setiausaha agung AFC dari 1978 hingga 2007 memainkan peranan penting dalam mendapatka­n hak untuk Korea Selatan dan Jepun bagi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002, edisi pertama dan satu- satunya di Asia.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah penyelaras Jawatankua­sa Penganjur bagi

Visi beliau untuk bola sepak Asia menjadi inspirasi kepada kita semua dan pencapaian­nya dalam AFC dan FAM teguh berdiri sebagai monumen terhadap cintanya pada sukan ini. Datuk Windsor Paul John Setiausaha Agung AFC

kejohanan itu.

Dalam satu kenyataan daripada AFC yang dikeluarka­n kemudian, Windsor berkata Peter telah menetapkan standard yang memberi aspirasi kepada semua pemain bola sepak Asia.

“Visi beliau untuk bola sepak Asia menjadi inspirasi kepada kita semua dan pencapaian­nya dalam AFC dan FAM teguh berdiri sebagai monumen terhadap cintanya pada sukan ini.

“Beliau didedikasi­kan kepada bola sepak akar umbi dan pembanguna­n sukan ini di Asia. Adalah menjadi penghormat­an untuk mengikut jejak langkah beliau,” katanya.

Sementara itu, Presiden AFC Shaikh Salman Ebra- him Al Khalifa berkata Peter berkhidmat dengan semangat dan profesiona­lisme, berita pemergiann­ya memberi kejutan dan kesedihan kepada semua yang terlibat dalam sukan bola sepak di benua ini.

“Bagi seluruh keluarga bola sepak Asia, saya mengucapka­n takziah dan simpati kepada keluarga seorang daripada ‘arkitek’ paling penting dalam mengembang­kan sukan ini di Asia,” katanya.

Ketika bertugas di AFC, beliau juga membantu FIFA, badan pentadbir dunia untuk bola sepak dalam menganjurk­an pelbagai kejohanan Piala Dunia dan Olimpik.

Walaupun bersara daripada AFC, mendiang tetap aktif dalam dunia bola sepak. — Bernama

 ??  ?? MULA BERENTAP: Pemain bola sepak bawah 12 tahun Piala Cabaran Armin 2018 beramai-ramai selepas majlis sepak mula di Padang SK Anchi, Miri semalam.
MULA BERENTAP: Pemain bola sepak bawah 12 tahun Piala Cabaran Armin 2018 beramai-ramai selepas majlis sepak mula di Padang SK Anchi, Miri semalam.
 ??  ?? CERIA: Peserta bergambar kenangan pada pertanding­an boling persahabat­an anjuran Curtin di Miri.
CERIA: Peserta bergambar kenangan pada pertanding­an boling persahabat­an anjuran Curtin di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia