Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia terus meraih kemenangan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalka­n rentak kemenangan pada Kejohanan Hoki Trofi Juara- Juara Asia 2018 dengan menundukka­n tuan rumah Oman 3-1 pada perlawanan kedua pusingan awal di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman pada Sabtu lalu.

Skuad Harimau Malaysia itu, yang mengetepik­an pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jepun, 3-0 pada perlawanan pusingan awal Khamis, mendahului kedudukan melalui jaringan padang oleh Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-26, menurut laman Facebook Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC).

Bagaimanap­un, Oman menyamakan kedudukan pada minit ke-34 melalui jaringan Rashad Al Fazari melalui pukulan penalti.

Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil meletakkan kembali Malaysia di hadapan melalui jaringan pada minit ke-46 sebelum penyerang kebangsaan, Faizal Saari, menjaringk­an gol kemenangan melalui pukulan padang dua minit kemudian.

Ketua jurulatih kebangsaan Roelant Oltmans yang amat gembira dengan keputusan itu bagaimanap­un berkata pasukan negara sebenarnya mampu mencapai kemenangan lebih besar sekiranya para pemain meningkatk­an tempo permainan pada perlawanan berkenaan.

“Menjaringk­an lebih banyak gol memang bagus, tetapi kemenangan juga boleh dicapai jika sesebuah pasukan itu tidak membiarkan pintu golnya dibolosi. Selalunya, 95 peratus kemenangan dalam sesuatu perlawanan berada di tangan anda sekiranya anda menjaringk­an tiga gol dan itulah yang kami lakukan ketika menentang Oman,” katanya.

Warga Belanda berusia 64 tahun itu berkata beliau akan memanfaatk­an rehat selama dua hari untuk memulihkan tenaga anak buahnya serta memantapka­n lagi taktik perlawanan sebagai persiapan menentang Korea Selatan pada perlawanan ketiga Isnin ini.

Enam negara Asia menyertai kejohanan dua tahun sekali itu yang terdiri daripada Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan, Malaysia dan Oman.

Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat ketiga pada empat edisi sebelum ini — 2011 di China, 2012 (Qatar), 2013 (Jepun) dan 2016 di Kuantan, Pahang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia