Utusan Borneo (Sarawak)

Perak dan JDT calon pilihan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Juara tujuh kali, Perak dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat mempunyai kelebihan untuk mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia musim ini.

Bekas pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan menyifatka­n keduadua pasukan mampu melangkah ke final walaupun berdepan situasi yang berbeza.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Perak mengatasi Sabah 5-0 di laman sendiri manakala Terengganu FC ( TFC) pula menang tipis 1-0 ke atas JDT, juga di laman sendiri.

“Aksi timbal balik di antara JDT dan TFC adalah satu perlawanan yang dijangka sengit, namun saya lihat JDT adalah sedikit kelebihan kerana mereka beraksi sebagai satu unit yang mantap selain kebanyakan pemain mereka mempunyai skil individu yang terbaik di negara ini ,” katanya kepada Bernama, semalam.

Nada sama t urut disuarakan pengendali MIFA, K. Devan yang melihat JDT dan Perak mempunyai kelebihan untuk mara ke final.

“Perakberpe­luangcerah­ke final berdasarka­n kelebihan agregat yang mereka miliki manakala JDT mempunyai peluang ke final berdasarka­n statistik cemerlang mereka dalam saingan awal Piala Malaysia,” kata Devan yang pernah membimbing beberapa pasukan tempatan seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengendali pasukan PKNP FC, Abu Bakar Fadzim sebaliknya berpandang­an Terengganu FC dan Perak menjadi pasukan pilihan untuk mara ke final Piala Malaysia berdasarka­n prestasi cemerlang yang dilakar kedua-dua pasukan berkenaan sepanjang pusingan awal.

Beliau bagaimapun mengakui kehadiran penyokong yang ramai dan rekod cemerlang di laman sendiri menjadi kelebihan kepada JDT untuk memberikan saingan sengit kepada TFC.

“Sebagaiman­a yang kita tahu rekod JDT di laman sendiri begitu cemerlang pada musim ini namun saya lihat keazaman dan kesungguha­n dimiliki pemain TFC menjadi kelebihan untuk mereka mara ke final setelah kali terakhir pada 2011,” kata Abu Bakar merupakan bekas pemain kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia