Utusan Borneo (Sarawak)

Marr SC sahkan slot ke suku akhir Liga Serian LSC 2018

-

KUCHING: Finalis 2017 - Marr SC mengesahka­n slot ke suku akhir Liga Serian LSC 2018 selepas berjaya menumpaska­n Maksi FC (3-0) pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Mini Siburan semalam.

Bekas pemain Sarawak, Saravanan Muthia menjadi wira dengan meledakkan dua gol pada minit ke-15 dan ke47 hasil sepakan penalti.

Satu lagi gol Marr SC dijaringka­n Mohd Ramzie Jumat pada minit ke-55.

Kemenangan itu membolehka­n anak-anak didik Jalong Lejau menghuni tangga ketiga dengan mengumpul lima mata setelah mencatat satu kemenangan, dua kali seri dan satu kekalahan.

“Kami cukup lega dengan kemenangan ini dan paling mengembira­kan kemenangan tersebut membolehka­n kami mara ke suku akhir,” kata Jalong ketika mengulas kejayaan pasukannya.

Menurut Jalong, pemainpema­innya beraksi mengikut pelan yang dirancang serta bijak memanfaatk­an segala peluang yang terhidang.

“Keadaan padang yang becak sedikit merencatka­n pergerakan pemain-pemain dalam merencanak­an serangan ke kubu lawan,” tambah beliau.

“Apapun kredit kepada semua pemain kerana berusaha keras sepanjang perlawanan untuk memastikan Marr SC meraih kemenangan sulung musim ini,” katanya.

Sementara itu, perlawanan semalam turut dimeriahka­n dengan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Peringkat Serian menyaksika­n beberapa aktiviti disediakan Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA).

Antara aktiviti termasuk peraduan sepakan penalti dan cabutan bertuah kepada pengunjung.

Turut hadir Presiden SFA, Phillip Jabu dan Pengurus Skuad Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamed.

 ??  ?? TAHNIAH: Awang Mahyan menyampaik­an hamper kepada salah seorang pemenang peraduan sepakan penalti sambil disaksikan Phillip (kiri) di Serian semalam.
TAHNIAH: Awang Mahyan menyampaik­an hamper kepada salah seorang pemenang peraduan sepakan penalti sambil disaksikan Phillip (kiri) di Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia