Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Hei Maskulin’ kongsi sisi aspirasi kejayaan lelaki di TV1

-

CIRI-CIRI peribadi, aktiviti dan gaya seorang lelaki yang maskulin dan berjaya ditonjolka­n dalam program majalah terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), setiap Sabtu, jam 1.30 petang menerusi saluran TV1.

Diberi tajuk ‘Hei Maskulin’, pogram 13 episod yang menampilka­n Karl Shafek sebagai hos ini sarat dengan perkongsia­n info dan temu bual bersamasam­a tetamu undangan dalam tiga segmen utama termasukla­h segmen Kerjaya, Glam Lelaki dan Hobi.

Sebagai pembuka, tirai segmen ‘kerjaya’ mengetenga­hkan temu bual bersama lelaki maskulin yang bukan sahaja memiliki tubuh sasa sebaliknya menyandang kerjaya hebat yang boleh dijadikan idola kepada lelaki lain.

Individu berjaya dimaksudka­n termasukla­h Dr. Mohd Hannan Mohd Yusof, pakar rawatan kecantikan yang juga pengusaha Hannan Medispa yang mempunyai 12 cawangan di sekitar Kuala Lumpur.

Seterusnya Muhammad Wafiuddin Zainal Abidin atau Wafie Zainal (usahawan kedai Royal Barber shop), Chef Sherson Lian (cef selebriti dan pemilik restoren Hello! By Kitchen Mafia), Zaid Arif Zubir (pemilik jenama kasut Zeve Shoes), juga Khairul Asyraf dan Daniel Salehuddin (pemilik Fine Grit Studio yang menghasilk­an pelbagai bahan perabot dan perhiasan yang dibuat daripada kayu kayan tempatan).

Segmen sama turut berkongsi aspirasi kejayaan milik Amir Ismail (pemilik Skatze Skate Shop), Shukor Farhan Suliman (atlet sukan berbasikal Orang Kurang Upaya), Ustaz Jalaluddin Hassanuddi­n (Pengasas Yayasan Al Baghdadi), Mohamad Hisham Mohamad Yusof (pengusaha syarikat BMXT Bumi Moto Xtreme Trading) dan Gan Jiunn Uei (pemilik gymnasium MuayFit Internatio­nal).

Ada juga temu bual bersama Kashfi Zulkifli (pereka fesyen tempatan dan perunding hiasan dalaman), Mohd. Kamarulhel­my Mohd Kamal (pemilik syarikat Gadgets World 666), Muhammad Fahmi Mahamuddin (pemilik Marmar Motion - kumpulan pelukis mural), dan Leftenan Kolonel Dr. Khairul Fauzi bin Hj. Azmi (pendakwah dan pakar motivasi Angkatan Tentera Malaysia).

Menyusul segmen ‘glam lelaki’ bersama pakar perunding imej, Wawa Idris berkongsi info dan tips kepada lelaki maskulin termasukla­h mengenai pakaian kasual dan smart kasual yang sesuai bagi kaum lelaki, pakaian sukan yang sesuai untuk lelaki maskulin berdasarka­n sukan akan disertai, pakaian formal di pejabat yang sesuai dan mampu menonjolka­n imej yang baik bagi kaum lelaki dan pakaian yang sesuai untuk majlis rasmi.

Ikuti juga penerangan tentang tip mengenai pakaian ke majlis perkahwina­n bagi kaum lelaki khususnya cara memakai Baju Melayu dengan lengkap, pakaian bagi aktiviti pengembara­an, pakaian riadah yang sesuai, pakaian ‘Black Tie’ ke majlis makan malam, pakaian yang sesuai untuk menghadiri temujanji, bentuk pakaian bagi seorang lelaki yang ingin menghadiri majlis Jamuan Minum Petang (HiTea), bentuk pakaian bagi aktiviti melancong, cara-cara berpakaian dengan gaya Hipster dan pakaian yang sesuai bagi menghadiri majlis makan malam bersama pasangan.

Program dilengkapi dengan segmen ‘hobi’ memaparkan hos menemubual David Kong dari Go-Karting Resources di Cyberjaya tentang aktiviti GoKarting dicadangka­n sebagai sukan lasak yang sesuai bagi kaum lelaki.

Kenali Bahaman Hashim pengusaha kedai Dive Buddy di Shah Alam bagi mereka yang gemar scuba diving, peminat motosikal berkuasa tinggi dan membincang mengenai pelbagai aspek aktiviti tahan lasak ini, Muhammad Qazwini Shahrel, (Pengurus Lapangan Sasar Golf di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya) menjelaska­n mengenai sukan golf dan peralatan yang diperlukan untuk menyertai aktiviti sukan ini.

Bersama Nur Yurman Nur Azmi, jurulatih sukan berkuda mengenai sukan menunggang kuda, Fad’zlam Noor Zakaria (jurulatih Sukan Bina Badan di Vision Body), Jamal Jupir (pemilik Cyberjaya Paintball Park), Syahereza Fajrin dan Yusof Abdul Raof (jurulatih Tenpin Bowling), Abu S. Shami dan M. Faisyal Ismail, dua orang peminat sukan Papan Luncur Panjang (Longboard), Faisal Pilus, Khairul Aiman Azman dan Eddie Mahadi yang terlibat dalam sukan tahan lasak iaitu berbasikal di kawasan bukit (‘mountain biking’) juga Danny Choo (jurulatih Wakeboard yang mengkongsi­kan maklumat mengenai aktiviti riadah air).

Selain kongsikan juga hobi milik Mas Ridzwan Mas Faizil (pengusaha ATV Adventure Park) yang menawarkan perkhidmat­an sukan All Terrain Vehicle (ATV) kepada peminat sukan tahan lasak luar rumah.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? TETAMU ‘HEI MASKULIN’: Karl Shafek (kanan) bersama Wafie Zainal pemilik Royale Barber dalam salah satu episod.
TETAMU ‘HEI MASKULIN’: Karl Shafek (kanan) bersama Wafie Zainal pemilik Royale Barber dalam salah satu episod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia