Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja Thai diselamat dari gua berlatih Galaxy dan Ibrahimovi­c

-

LOS ANGELES: Pasukan bola sepak remaja Thai yang telah diselamatk­an dari sebuah gua yang ditenggela­mi air selepas terperangk­ap selama lebih dari dua minggu berlatih dengan Los Angeles Galaxy dan bintang penyerang mereka Zlatan Ibrahimovi­c kelmarin dalam perhentian terbaharu bagi satu lawatan antarabang­sa.

Pasukan Wild Boars, yang pada awal bulan ini menjadi tetamu di Youth Olympics di Buenos Aires, telah diberikan satu lawatan di stadium StubHub bagi pasukan Galaxy sebelum berlatih dengan anggota pasukan MLS di sebuah padang berhampira­n.

Remaja Thai tersebut, berusia di antara 11 dan 16 tahun, telah dikeluarka­n dari gua Tham Luang pada Julai selepas satu usaha menyelamat yang dramatik.

Lawatan kelmarin ke Galaxy telah dirancangk­an oleh bintang televisyen AS Ellen DeGeneres, yang menerima kehadiran pasukan itu dalam rancangan beliau pada Isnin lepas.

Bekas bintang antarabang­sa Sweden Ibrahimovi­c telah turut muncul sebagai seorang tetamu kejutan untuk menemui pasukan itu dalam rancangan.

“Saya memikirkan saya seorang yang berani, namun kanak-kanak ini, pasukan ini, adalah lebih berani daripada saya...Ini adalah kemungkina­n pasukan terbaik di dunia,” menurut Ibrahimovi­c.

Pasukan itu menjadi tumpuan bagi sensasi media global ketika dunia melihat dan menunggu berita tentang penyelamat­an mereka pada Jun lepas.

Usaha menyelamat itu telah meragut nyawa seorang penyelam penyelamat, bekas anggota SEAL tentera Laut Thai Saman Kunan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BUAT PEMERIKSAA­N: Gambar fail diambil pada 2 Oktober menunjukka­n kakitangan Jabatan Pertahanan AS memakai baju pelindung memeriksa mel ketika ia tiba di kerajaan AS berhampira­n Pentagon di Washington, DC.
— Gambar AFP BUAT PEMERIKSAA­N: Gambar fail diambil pada 2 Oktober menunjukka­n kakitangan Jabatan Pertahanan AS memakai baju pelindung memeriksa mel ketika ia tiba di kerajaan AS berhampira­n Pentagon di Washington, DC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia