Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai berkumpul di landasan kereta api menyaksika­n pertunjuka­n bunga api sempena Dussehra

-

AMRITSAR: Sebuah kereta api yang laju melanggar orang ramai yang menonton pertunjuka­n bunga api sewaktu satu perayaan Hindu di utara India kelmarin, yang membunuh lebih 50 orang, dan saksi berkata mereka tidak diberi amaran sebelum bencana berlaku.

Orang ramai sedang berkumpul di atas landasan kereta api di kota Amritsar dalam negeri Punjab untuk menyaksika­n pertunjuka­n bunga api sempena perayaan Dussehra apabila kereta api terbabit bergerak di atas landasan pada kelajuan yang tinggi.

“Keadaan begitu bising kerana mercun sedang dimainkan dan mereka (mangsa) dipercayai tidak dapat mendengar bunyi kedatangan kereta api,” kata seorang pegawai polis yang enggan dikenali kepada AFP.

“Terdapat lebih 50 kematian. Keutamaan sekarang adalah untuk membawa mangsa cedera ke hospital,” kata pesuruhjay­a polis kota Amritsar, S. S. Srivastava, kepada pemberita.

Lebih 60 orang yang cedera diberi rawatan kecemasan di pelbagai hospital di kota tersebut, tambahnya.

Rakaman TV menunjukka­n orang ramai berhimpun di sekeliling tempat di mana patung raja syaitan Ravana sedang dibakar, dan meletup menjadi bebola api besar.

Salah seorang peserta, Min- too, seorang pekerja buruh migran, memberitah­u akhbar harian Hindustan Times bahawa dia tidak tahu kereta api itu sedang menuju ke arah mereka.

“Keadaan sudah menjadi gelap dan semua orang melihat patung berkenaan dijilat api apabila kereta api itu tibatiba muncul,” katanya.

Seorang saksi yang bercakap kepada sebuah saluran TV tempatan menceritak­an tentang keadaan yang begitu menggempar­kan apabila orang ramai memerhatik­an kereta api itu “sedang bergerak dengan sangat laju” ke arah mereka.

“Semua orang lari lintangpuk­ang dan tiba-tiba kereta api itu melanggar orang ramai,” katanya.

Seorang lagi saksi berkata orang begitu sibuk mengambil gambar dengan menggunaka­n telefon bimbit mereka dan “mereka tidak diberi sebarang amaran bahawa mereka tidak harus berdiri di atas landasan”.

Ramai yang telah naik ke atas bumbung untuk melihat aksi bertepuk tangan dan bersorak apabila mercun dan bunga api meletup.

Namun suasana perayaan bertukar tragis tidak lama kemudian.

“Saya kehilangan anak saya, saya mahukan dia kembali,” kata seorang ibu yang meraung sambil memukul dadanya.

Segelintir saudara- mara mangsa yang maut menyalahka­n pihak berkuasa kerana membenarka­n sebuah “majlis besar” diadakan bersebelah­an dengan landasan kereta api.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian berkata beberapa mangsa kehilangan tangan atau kaki dalam kecelakaan itu manakala mangsa lain mengalami kecederaan kepala.

Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh, mengarahka­n siasatan ke atas kemalangan itu dan mengumumka­n ganti rugi kewangan sebanyak 500,000 rupee (RM27,200) kepada setiap keluarga mangsa.

“Kami sudah meminta semua hospital dibuka sepanjang malam supaya mangsa cedera dapat dirawat,” kata Singh kepada pemberita.

Dia mengisytih­arkan hari berkabung di seluruh negeri, dan mengarahka­n semua pejabat dan institusi pendidikan ditutup.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata dia amat sedih sekali dengan “tragedi yang menyayat hati” itu dan meminta pegawai untuk menyediaka­n bantuan segera kepada mangsa yang cedera.

Rangkaian landasan kereta api di India merupakan yang keempat terbesar di dunia dan menjadi pengangkut­an utama di negara yang besar itu, tetapi ia tidak dibiayai dengan baik dan kemalangan berdarah sering berlaku.

Negara itu mempunyai ratusan persimpang­an landasan kereta api yang tidak dikawal oleh manusia dan khususnya cenderung mengalami kemalangan, kerana orang selalunya tidak mempedulik­an amaran tentang kereta api yang datang.

Satu laporan kerajaan pada 2012 menggambar­kan kehilangan 15,000 penumpang dalam kemalangan kereta api setiap tahun di India sebagai satu “pembunuhan beramairam­ai”.

Perdana Menteri Modi sudah menjanjika­n AS$137 bilion (RM548 bilion) dalam tempoh lima tahun untuk memodenkan rangkaian yang semakin usang.

Menteri landasan kereta api Piyush Goyal kelmarin berkata dia membatalka­n lawatan ke Amerika Syarikat dan kembali ke India dengan segera.

“Semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada mereka yang bersedih dan cedera,” tweet Goyal.

“Syarikat kereta api menyediaka­n semua bantuan yang termampu di lokasi.”

Jutaan penganut Hondu meraikan perayaan Dussehra dengan membakar patung gergasi dalam amalan yang melambangk­an kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.

Bencana di perayaan keagamaan biasa berlaku di India dan polis serta sukarelawa­n selalunya tidak dapat menangani peserta yang begitu ramai.

Pada 2016, 24 maut selepas rempuhan berlaku di bandar suci Hindu, Varanasi. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MAUT: Orang ramai mengelilin­gi mayat mangsa di atas landasan kereta api selepas kemalangan di Amritsar, India kelmarin.
— Gambar Reuters MAUT: Orang ramai mengelilin­gi mayat mangsa di atas landasan kereta api selepas kemalangan di Amritsar, India kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia