Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti AS akan bayar $215 juta pampasan penderaan seksual pakar ginekologi kampus

-

LOS ANGELES: Kelmarin pihak Universiti California Selatan menyatakan ia telah mencapai satu “perjanjian dalam bentuk prinsip” untuk membayar $215 juta sebagai pampasan bagi penderaan seksual yang dilakukan oleh seorang pakar ginekologi kampus.

Dr George Tyndall telah menafikan semua tuduhan yang dilakukan oleh ratusan orang wanita meliputi dari merogol hingga kepada sentuhan yang tidak sepatutnya semasa pemeriksaa­n kesihatan sepanjang kariernya selama 30 tahun.

Beliau turut dituduh sebagai mengambil gambar bahagian kemaluan pesakit dan mengeluark­an kata-kata lucah mengenai tubuh badan mereka, termasuk komen-komen bersifat rasis dan homofobik.

Selain daripada beberapa aduan oleh para pelajar dan jururawat, dia tidak disiasat sehingga 2016, ketika satu siasatan dalaman telah dilancarka­n selepas satu aduan oleh seorang jururawat dalam laporan pengurusan pusat bagi penindasan seksual.

Walaupun siasatan menemui masalah dengan pemeriksaa­nnya, Tyndall telah dibenarkan untuk bersara di bawah satu perjanjian secara persahabat­an dengan USC, maklumat kewangan yang tidak didedahkan.

Polis Los Angeles telah membuka siasatan mereka sendiri dan pada Jun lepas telah menggeleda­h rumah doktor tersebut.

Menurut Los Angeles Times, seramai 463 wanita telah menyaman universiti, sebahagian daripada mereka adalah dari satu saman tindakan kelas.

USC bersetuju untuk memberikan $215 juta dalam satu usaha untuk meleraikan saman. Pihak universiti menyatakan dalam satu kenyataan perjanjian masih akan diteliti semula oleh seorang hakim persekutua­n, namun secara berperingk­at termasuk satu bayaran berjumlah $2,500 kepada setiap bekas pesakit doktor tersebut dan $250,000 kepada mereka yang mengalami penderaan.

“Dengan berbuat sedemikian, kami berharap supaya kami dapat membantu komuniti kami bergerak bersama ke arah perpaduan,” menurut Wanda Austin, pemangku presiden USC, di mana presiden sebelumnya telah meletakkan jawatan akibat skandal berkenaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia