Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Utah didakwa hantar surat berisi ricin kepada Trump

-

LOS ANGELES: Seorang bekas anggota tentera AS telah didakwa bagi tujuh pertuduhan kerana menghantar surat kepada Donald Trump dan beberapa pegawai kanan AS mengandung­i bahan berkaitan dengan racun ricin yang berbahaya.

Penduduk Utah William Clyde Allen, 39, “diketahui telah mengugut untuk menggunaka­n sejenis agen biologi dan toksin, khususnya ricin, sebagai satu senjata,” menurut satu kenyataan dari Jabatan Kehakiman dan Pejabat Peguam Negara AS di negeri barat.

Sebagai tambahan selain Trump, sasaran Allen adalah termasuk Setiausaha Pertahanan Jim Mattis, di samping para pengarah FBI dan CIA serta beberapa komander dalam Pasukan tentera Udara dan Laut.

Allen telah diberkas pada 5 Oktober sejurus selepas Pentagon menyekat mel yang mencurigak­an. Dia mengaku tidak bersalah.

Bekas tentera itu turut menghantar kepada Trump sepucuk surat yang mengandung­i bahan kekacang kastor.

Ricin wujud secara semula jadi dalam bentuk biji benih kacang kastor, dan ia adalah sangat mudah untuk mengeluark­an racun dari biji benih tersebut.

Kenyataan menjelaska­n Allen telah membeli 380 kacang kastor pada Disember 2017.

Ricin adalah berbahaya dalam beberapa minit sekiranya ditelan, dihidu atau disuntik. Ia adalah 6,000 kali lebih kuat berbanding sianid, dengan tiada sebarang antidot yang diketahui.

Sangat berbahaya, ia boleh menyebabka­n mual, muntahmunt­ah, pendarahan dalaman dan kesukaran bernafas, membawa kepada kematian akibat kegagalan fungsi organ atau sistem peredaran yang bermasalah.

Ugutan untuk menggunaka­n senjata toksin biologi boleh membawa kepada satu hukuman maksimum penjara seumur hidup, sementara menghantar satu ugutan melalui mel kepada presiden AS boleh membawa kepada hukuman penjara selama lima tahun.

Kandungan sebenar bagi pesanan ugutan yang dihantar kepada Trump dan pegawai kanan adalah tidak didedahkan, begitu juga dengan motif yang telah menyebabka­n Allen seorang anggota Tentera Laut dari tahun 1998 hingga 2002 untuk menghantar­nya.

Perbicaraa­nnya ditangguhk­an pada 26 Disember di Salt Lake City. — AFP RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa Brazil kelmarin menyatakan mereka telah menemui bahagian bagi satu fosil wanita neolitik berusia 12,000 tahun yang merupakan di antara artifak berharga di Muzium Negara yang hangus terbakar di Rio de Janeiro.

“Kami menemui hampir semua tengkorak dan 80 peratus dari fragmennya telah dikenal pasti,” menurut pengarah muzium Alexander Kellner, sambil menambah bahawa fragmen sebuah femur telah ditemui dari debu.

Fosil, dikenali “Luzia,” telah ditemui pada 1970 di negeri tenggara Minas Gerais oleh satu ekspedisi yang diketuai oleh Perancis.

Satu pasukan Universiti Manchester kemudian melakukan satu pembentuka­n semula wajah secara digital berasaskan pada tengkorak, yang telah digunakan untuk menghasilk­an sebuah patung wanita purba.

Patung itu telah terbakar pada 2 September bersama dengan kebanyakan dari 20 juta artifak di muzium tersebut. Namun fragmen asal tengkorak, disimpan dalam sebuah bekas besi di dalam sebuah almari, telah ditemui beberapa hari lepas.

“Mereka telah mengalami perubahan, kerosakan. Namun kami sangat optimistik dengan penemuan itu dan semua yang ada,” menurut Claudia Rodrigues, seorang profesor di muzium yang telah mengutip serpihan tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIJUMPAI: Fragmen fosil manusia tertua telah ditemui beberapa hari lepas dikenali sebagai ‘Luzia’ ditayangka­n semasa sidang media di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.
— Gambar AFP DIJUMPAI: Fragmen fosil manusia tertua telah ditemui beberapa hari lepas dikenali sebagai ‘Luzia’ ditayangka­n semasa sidang media di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia