Utusan Borneo (Sarawak)

Lima wartawan DRC dibebaskan setelah disoal siasat polis

-

KINSHASA: Lima wartawan di Republik Demokratik Congo ( DRC) dibebaskan kelmarin selepas disoal siasat selama 12 jam oleh polis ekoran penerbitan rencana mengenai penggelapa­n catuan untuk kadet polis, kata akhbar mereka.

Kelima- lima wartawan tersebut dibenarkan pulang dan diarah untuk kembali esok (Isnin) bersama pengarang urusan AfricaNews, Achille Kadima, ia menyebut dalam satu kenyataan.

Penahanan itu menyusuli siri pendakwaan ke atas wartawan di negara bermasalah itu, yang akan mengadakan pilihan raya yang tegang hanya dua bulan sahaja lagi untuk menggantik­an Presiden Joseph Kabila.

“Ia tidak dapat dipercayai dan sangat meresahkan bahawa polis telah menangkap wartawan yag mendedahka­n bahawa siasatan polis sedang dijalankan ke atas dakwaan tentang penggelapa­n,” kata Arnaud Froger, ketua meja Afrika dalam kumpulan Pemberita Tanpa Sempadan (RSF).

Wartawan terbabit Octave Mukendi, Bruce Landu, Roddy Bosakwa, Dan Luyila dan Laurent Omba “hanya menjalanka­n tugas mereka dengan memaklumka­n orang ramai bahawa siasatan sedang dijalankan”.

DRC menduduki tempat ke-154 daripada 180 negara dalam indeks kebebasan media yang dihimpun oleh RSF.

Wartawan terbabit sedang bekerja di pejabat akhbar yang diterbitka­n tiga kali seminggu itu untuk menyiapkan edisi terbaharu ketika mereka ditangkap di premis tersebut.

Anggota polis yang membawa mereka tidak menunjukka­n sebarang dokumen, kata Kadima kepada AFP, dan menambah dia sudah menyembuny­ikan diri.

Terdahulu dia telah menulis sepucuk surat kepada ketua polis negara untuk mengadu bahawa polis telah menjalanka­n “rampasan” ke atas naskhah akhbar AfricaNews dari gerai akhbar.

Di muka hadapan isu semasa, akhbar itu memaparkan satu laporan tentang inkuiri ke atas penggelapa­n catuan kadet polis dan menambah ketua akademi polis negara telah dipanggil.

Jeneral Celestin Kanyama sedang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, yang menuduhnya bertanggun­gjawab bagi satu operasi polis pada 2013- 2014 di mana sekurang- kurangnya 50 pemuda dan budak lelaki dilaporkan dibunuh dan lebih 30 lagi dipaksa “hilang”.

Apabila dihubungi AFP tentang kes pemberita itu, Kanyama berkata: “Hentikan perkara mengarut anda. Jangan petik saya berhubung perkara yang saya tidak tahu apa-apa.”

Pada tahun ini kira-kira 20 wartawan telah diganggu atau ditangkap di DRC, kata Joseph- Boucard Kasonga, presiden kesatuan media kebangsaan UNPC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia