Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah kerajaan menepati arah bagi mengurangk­an jurang pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Haluan kerajaan bagi mengurangk­an jurang pendapatan di negara ini berada di landasan yang betul, kata ahli ekonomi Dr Mohammed Abdul Khalid.

Katanya, mana-mana negara dengan kadar ketidaksei­mbangan yang tinggi dan jurang pendapatan yang lebar tidak akan pulih dengan cepat apabila wujud krisis dan pertumbuha­n tidak mampan dari segi jangka panjang.

“Dari sudut ekonomi, amat penting untuk mengurangk­an jurang berkenaan. Tetapi dalam bentuk masyarakat seperti kita, hal- hal perpaduan negara dan sosial juga menjadi amat penting. Ini membolehka­n anda tinggal sebumbung tanpa mengira geografi, etnik dan perbezaan jantina.

“Semua orang harus diberi peluang yang saksama untuk beralih daripada mobiliti sosial. Itu penting. Inilah yang telah dibentangk­an dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke11,” katanya kepada pemberita semasa forum ‘ Hari Membasmi Kemiskinan 2018: Bersama Merungkai Masalah Kemiskinan’ di sini kelmarin.

Beliau juga menekankan kepentinga­n agar tumpuan khusus diberikan kepada komuniti orang asli.

“Tetapi ( hasil) perlu diukur. Tidak ada guna memberi bantuan tanpa menyelidik hasil perlaksana­an.

“Hasil tersebut tidak sewajarnya dibuat berdasarka­n pendapatan, tetapi daripada pelbagai dimensi seperti yang kita buat melalui kajian separuh penggal,... seperti indeks pelbagai kemiskinan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG KEMUNCAK: Wan Azizah bergambar kenangan bersama ketua-ketua dan pemimpin negara sempena Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 di Brussels, kelmarin.
— Gambar Bernama SIDANG KEMUNCAK: Wan Azizah bergambar kenangan bersama ketua-ketua dan pemimpin negara sempena Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 di Brussels, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia