Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai kopi global atasi kopi dibungkus menjelang 2022

-

KUALA LUMPUR: Jualan kedai kopi global akan mengatasi pertumbuha­n kopi yang dibungkus menjelang 2022, menurut penyelidik­an terkini Euromonito­r Internatio­nal.

Syarikat penyelidik­an pasaran global itu mengkaji dunia holistik kopi, meninjau evolusi bagaimana dan di mana kopi digunakan dalam webinar atas permintaan,’Coffee in 2018: The New Age of Coffee Everywhere’.

Menurut Euromonito­r Internatio­nal dalam satu kenyataan, permintaan kopi premium melalui semua saluran, memacu industri dengan pembanguna­n produk baharu dan pengedaran yang lebih pantas.

Kedai-kedai kopi akan menjadi hab inovasi, menjadi sebahagian besar bagaimana pengguna menemui dan membeli kopi, katanya.

Penggabung­an juga memberi kesan mengenai bagaimana industri akan terbentuk setelah syarikat meninjau untuk menguasai bahagian yang lebih besar dalam perbelanja­an kopi premium.

Sementara itu, pemain industri makanan dan minuman yang dibungkus akan terus melabur di kedai kopi untuk lebih ketara berada dalam perkhidmat­an makanan.

Ketua global ( makanan dan minuman) Euromonito­r Internatio­nal Michael Schaefer berkata tahun ini sahaja, beberapa perjanjian telah disaksikan antara jenama kopi dibungkus dan kedai kopi, dari Nestlé menjalin pakatan dengan Starbucks hinggalah Coca-Cola memperoleh Costa Coffee.

“Pemain kopi yang berjaya akan menggabung­kan penemuan, pengalaman, pembelian jangka panjang dan inovasi produk yang pesat, semuanya merangkumi pelbagai bahagian pengedaran,” tambahnya.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.euromonito­r. com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia