Utusan Borneo (Sarawak)

Pavilion Malaysia di pameran perdaganga­n Paris tampilkan 38 jenama

-

KUALA LUMPUR: Pavilion Malaysia di pameran perdaganga­n Salon Internatio­nal de l’alimentati­on ( SIAL) 2018 diParis yang bermula dari 21 hingga 25 Okt ini akan menampilka­n 38 jenama tempatan.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempromosi dan meningkatk­an eksport Malaysia, khususnya dalam produk minuman serta makanan (F&B) ke Eropah dan seterusnya.

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) berkata, Pavilion Malaysia akan menempatka­n tiga agensi kerajaan iaitu Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia.

“MATRADE akan menerajui penyertaan kali- 13 Malaysia dalam pameran perdaganga­n ini. Peserta eksport Malaysia yang mengambil bahagian akan menawarkan pelbagai jenis produk merangkumi barangan berasaskan kelapa, kopi, teh, koko, makanan sedia dimakan, minuman, mee, manisan, minyak masak, makanan beku, sos, pes dan makanan berfungsi,” katanya.

SIAL Paris yang diadakan secara dwitahunan itu merupakan plaform yang menyediaka­n peluang untuk syarikat- syarikat Malaysia mengetahui arah aliran pasaran terkini.

Pada 2016, pameran tersebut menjana jualan eksport bernilai RM49.3 juta bagi syarikat-syarikat dari Malaysia.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Perdaganga­n MATRADE ke Frankfurt, Badrul Hisham berkata, Malaysia menjadi penanda aras bagi negaranega­ra lain dalam bidang perniagaan halal, kerana ekosistem halal yang agak maju di negara ini.

Ini termasukla­h sistem pensijilan, piawaian, peraturan-peraturan, infrastruk­tur, insentif, modal insan dan perbankan Islam yang disokong dengan baik oleh rangka kerja yang berkesan daripada pelbagai institusi kerajaan.

Pada 2017, jumlah perdaganga­n antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) meningkat sehingga RM174.9 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia