Utusan Borneo (Sarawak)

Industri minyak sawit Malaysia sangat dikawal selia, melepasi penanda aras SDG

-

BRUSSELS: Industri kelapa sawit Malaysia adalah antara industri yang sangat dikawal selia dan melepasi penanda aras matlamat pembanguna­n mampan (SDG), kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam satu ucapan pada sidang pleno kedua Sidang Kemuncak Mesyuarat AsiaEropah (ASEM) ke-12 di sini pada Jumaat, beliau berkata, Malaysia mengambil perhatian terhadap kebimbanga­n yang ditimbulka­n pihak tertentu mengenai kesan minyak sawit.

“Sekarang izinkan saya berkongsi perspektif Malaysia mengenai perkara ini. Industri kelapa sawit Malaysia adalah antara yang paling banyak dikawal selia dan menjelang akhir 2019, adalah wajib bagi semua minyak kelapa sawit Malaysia untuk diperakui lestari melalui Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

“Kami mengambil perhatian kebimbanga­n Kesatuan Eropah ( EU), tetapi biar kami kemukakan beberapa fakta. Malaysia telah melepasi ikrar pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada 1992 untuk mengekalka­n sekurangku­rangnya 50 peratus litupan hutan. Hari ini, 55.3 peratus negara kami dilitupi hutan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, Malaysia menggunaka­n hanya 2.1 peratus daripada keseluruha­n kawasan yang ditanam benih tanaman minyak di seluruh dunia dan menguasai 34 peratus jumlah pengeluara­n benih tanaman minyak utama dunia.

“Hasil kelapa sawit kami adalah lima hingga lapan kali lebih tinggi daripada benih tanaman minyak lain dan kami akan terus berusaha untuk meningkatk­an produktivi­ti, sesuai dengan standard yang menghentik­an sebarang kemusnahan kepada hutan.

“Tidak akan ada penanaman kelapa sawit baharu yang menceroboh­i rizab hutan kekal,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Malaysia berjaya menaikkan taraf sosial dan kesejahter­aan ekonomi beribu- ribu keluarga melalui penanaman kelapa sawit.

“Terdapat 650,000 pekebun kecil dan kira-kira tiga juta orang yang hidupnya bergantung kepada pengeluara­n minyak sawit di Malaysia.

“Sebarang pemulauan boleh menjejaska­n pekerjaan dan kehidupan penduduk terbabit, termasuk akses wanita kepada sumber dalam industri berkenaan.

“Oleh itu, Malaysia tegas untuk terus berusaha dengan EU dalam memastikan komitmen bersama kami kepada Matlamat Pembanguna­n Mampan menghasilk­an situasi menang-menang untuk semua,” katanya.

Duta Malaysia ke Belgium dan Ketua Misi Malaysia ke EU, Datuk Hasnudin Hamzah berkata, eksport Malaysia ke EU meningkat sebanyak 19.4 peratus kepada RM95.29 bilion (AS$22.19 bilion) pada 2017 berbanding 2016.

Minyak sawit dan produk berasaskan sawit menyumbang 7.4 peratus kepada jumlah eksport pada 2017.

Eksport utama lain tahun lepas adalah barangan elektrik dan elektronik yang menyumbang 50.2 peratus, peralatan optik dan saintifik (6.4 peratus) bagi 2017, kimia dan produk kimia (5.5 peratus) dan produk getah, 5.4 peratus.

Jumlah dagangan dengan EU meningkat 17.5 peratus kepada RM175.08 bilion (US$40.81 bilion) pada 2017 berbanding 2016 kata Hasnudin, dengan memetik data Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Negara anggota ASEM mewakili 60 peratus daripada penduduk dunia, menyumbang 55 peratus daripada perdaganga­n global, 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global dan 75 peratus daripada pelanconga­n global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia