Utusan Borneo (Sarawak)

Teresa Kok akan ketuai misi minyak sawit ke China, AS

-

KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama, Teresa Kok akan mengetuai misi minyak sawit, ekonomi, promosi dan pelaburan ke China dan Amerika Syarikat (AS) mulai 21 hingga 28 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan semalam, kementeria­n berkenaan berkata, misi itu bertujuan untuk meneroka peluang pasaran dan pelaburan serta kerjasama industri antara Malaysia dan kedua- dua negara.

“Misi itu juga bertujuan menyediaka­n platform kepada Malaysia untuk membincang dan menangani pelbagai isu berkaitan perdaganga­n dan akses pasaran dengan kedua-dua negara,” katanya sambil menambah delegasi itu akan terdiri daripada pegawai kementeria­n, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Di Nanjing, China, kementeria­n itu berkata, Teresa akan merasmikan Pameran dan Seminar Perdaganga­n Minyak Sawit MalaysiaCh­ina (POTS) 2018.

Bertema ‘ Meningkatk­an Perdaganga­n, Memaksimum­kan Peluang Melalui Minyak Sawit Malaysia’, POTS 2018 merupakan satu perhimpuna­n pakar terkemuka dalam bidang minyak dan lemak, yang akan memberikan pandangan ke atas peluang perdaganga­n dan pelaburan dalam sektor minyak sawit.

“Menteri itu juga akan melawat Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Global Wilmar serta River & Ocean Cereals & Oils Group Co Ltd bagi meninjau operasi minyak dan lemak mereka di China,” katanya.

Di San Francisco, AS, kementeria­n itu berkata, Teresa akan menjadi tetamu istimewa di ‘An Enchanted Evening with Martin Yan’, majlis pelancaran siri televisyen baharu cef selebriti Martin Yan yang dinamakan ‘Rasa Malaysia bersama Martin Yan’, yang akan mula disiar di saluran KQED 9 AS.

“Acara pelancaran itu akan menampilka­n jamuan lapan hidangan klasik Malaysia dan Teresa juga akan bercakap dengan penulis makanan untuk mempromosi minyak sawit sebagai minyak masak semasa lawatannya,” katanya.

MPI berkata, Teresa juga akan melawat kilang minyak dan lemak Wilmar di Stockton, California serta menemui wakil perdaganga­n dari Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia.

“Beliau juga akan bertemu diaspora Malaysia di San Francisco sebelum mengakhiri misinya di AS,” katanya.

Pada 2017 Malaysia mengekspor­t minyak sawit dan produk berasaskan minyak kelapa sawit bernilai RM9.42 bilion ke China, meningkat 6.4 peratus daripada RM8.85 bilion pada tahun sebelumnya, manakala jumlah nilai eksport produk minyak sawit ke Amerika Syarikat meningkat kepada RM4.58 bilion pada 2017, naik 16.2 peratus berbanding RM3.94 bilion pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia