Utusan Borneo (Sarawak)

EU, Singapura meterai Perjanjian Perdaganga­n Bebas dan Perlindung­an Pelaburan

-

SINGAPURA: Kesatuan Eropah (EU) dan Singapura memeterai Perjanjian Perdaganga­n Bebas EU-Singapura (EUSFTA) dan Perjanjian Perlindung­an Pelaburan EUSingapur­a (EUSIPA) pada Jumaat.

“EUSFTA dan EUSIPA adalah perjanjian progresif dengan tujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi perniagaan daripada kedua-dua pihak,” kata Menteri Komunikasi dan Maklumat dan Menteri Bertanggun­gjawab bagi Hubungan Perdaganga­n Singapura S Iswaran dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini pada lewat Jumaat.

Perjanjian itu dimeterai di luar acara Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 di Brussels, Belgium yang disertai Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

“Ini merupakan Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) pertama antara EU dan negara ASEAN, dan mencermink­an minat berterusan EU untuk bekerjasam­a dengan ASEAN dan mengukuhka­n kehadirann­ya di rantau itu.

“Kedua-dua perjanjian itu berfungsi sebagai asas ke arah Perjanjian Perdaganga­n Bebas EU-ASEAN kelak, membuka jalan bagi kerjasama rantauke-rantau pada masa depan,” kata Iswaran.

Menurut Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri Singapura (MTI), EU dan Singapura kini akan berusaha meratifika­sikan kedua-dua perjanjian itu yang akan dibentangk­an ke Parlimen Eropah untuk mendapatka­n kelulusan.

Sebaik sahaja diluluskan, EUSFTA boleh diratifika­sikan dan berkuat kuasa, kata kementeria­n itu.

Sebagai “perjanjian bercampur”, EUSIPA juga akan dihantar ke parlimen serantau dan nasional negara-negara anggota EU bagi mendapatka­n kelulusan sebelum ia dilaksanak­an.

MTI berkata Singapura berharapka­n kedua-dua perjanjian itu dapat diratifika­sikan segera agar perniagaan kedua-dua pihak dapat meraih manfaat.

Dilaporkan bahawa Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandez berkata FTA EU-Malaysia akan menjadi tonggak utama dalam kerangka FTA EU-ASEAN yang lebih besar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia