Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia X, Sony umum duta bersama mewakili syarikat

-

KUALA LUMPUR: AirAsia X dan rakan kongsinya, Sony Malaysia, mengumumka­n duta bersama bagi mewakili jenama perjalanan dan teknologi visual kedua- dua syarikat itu.

AirAsia X dalam satu kenyataan berkata, Aisha Nazar, 29, dari Kuala Lumpur dipilih menjadi duta bagi tempoh setahun dan memperoleh tambang ihsan perjalanan udara daripada AirAsia dan peralatan kamera terbaharu Sony susulan pencarian global duta bersama AirAsia dan Sony.

Duta yang baharu dilantik itu akan berangkat ke Tokyo tidak lama lagi dan bakal menikmati pengalaman merasai tempat duduk premium flatbed AirAsia yang memenangi anugerah bagi kunjungan eksklusif ke makmal teknologi Sony untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman teknologi dan rekaan masa depan yang masih belum didedahkan kepada umum.

Ketua Komersial Kumpu- lan AirAsia X Barry Klipp berkata sangat menghiburk­an melihat begitu banyak cerita perjalanan dengan visual yang menarik daripada pelanggan kami yang dikongsi menerusi carian duta bersama sulung dengan Sony.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada Sony atas sokongan dan semangat mereka dalam perkongsia­n ini dan saya mengucapka­n tahniah kepada semua pemenang termasuk duta bersama kami yang dilantik, yang kini mempunyai peluang seumur hidup menanti beliau,” katanya.

Bagi memberikan lagi dorongan kepada penceritaa­n perjalanan yang menarik, AirAsia akan mengadakan promosi istimewa selama dua minggu ke semua destinasi dengan diskaun sehingga 70 peratus dan pelanggan boleh menempah secara dalam talian di airasia.com bermula sekarang sehingga 20 Okt bagi perjalanan segera atau sehingga 30 Jun, 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia