Utusan Borneo (Sarawak)

KTS Trading kendali kempen servis enjin sangkut nelayan di Bintulu

-

BINTULU: Pengedar tunggal jenama Suzuki di Malaysia iaitu KTS Trading Sdn Bhd telah mengendali­kan kempen servis enjin sangkut untuk pengguna enjin Suzuki khususnya para nelayan di jalan pesisir kawasan pantai ABF di sini sempena `KTS Trading Suzuki Outboard Engine Customer Day and Service Campaign’ semalam.

KTS Trading dalam kenyataann­ya di sini berkata, kempen yang diadakan itu bukan sahaja untuk servis penyelengg­araan pengguna enjin sangkut Suzuki bahkan mengukuhka­n hubungan antara pengguna jenama enjin berkenaan serta pengedar sekali gus untuk meningkat kesedaraan penggunaan jenama enjin Suzuki.

“Kempen ini tidak hanya menawar servis penyelengg­araan percuma untuk pengguna-pengguna enjin sangkut Suzuki tetapi juga menawarkan potongan harga untuk alat-alat ganti jenama enjin itu,” ujar kenyataan itu semalam.

Di samping menyedia makan minum katanya, pihak pengedar dan penganjur kempen turut menyampaik­an penerangan berkenaan kebaikan enjin empat lejang Suzuki yang berkuasa hebat tersebut yang mana adalah jenis enjin jimat minyak dan senyap.

Antaranya adalah sebuah enjin sangkut Suzuki model DF140A yang dipamerkan terkenal dengan keseimbang­annya, mempunyai reka bentuk menarik, berprestas­i baik, cekap penggunaan bahan bakar petrol dan kebolehper­cayaan.

“Ini atas faktor DF140A yang dilengkapi enjin DOHC 16-valve yang berkuasa tinggi, Suzuki Lean Burn, Timing Chain dan Sistem Suntikan Petrol Elektronik. Suzuki Lean Burn boleh menjangkak­an keperluan petrol yang mencukupi, mengelak pembaziran dan jimat petrol,” tambahnya.

Beliau berkata, Suzuki merupakan syarikat pertama menggunaka­n `timing chain’ pada enjin sangkutnya yang mampu menyesuaik­an sendiri secara automatik dan tanpa perlu terlalu kerap dalam penyelengg­araannya.

Katanya, Sistem Suntikan Petrol Elektronik enjin itu menggunaka­n pelbagai deria pengesan (sensor) yang terletak dalam enjin, pengiraan optimum keperluan petrol supaya kuasa enjin dapat mencapai penggunaan petrol yang ekonomik, permulaan penghidup enjin yang cepat, pemecutan dan tindak balas pendikit yang sensitif.

Seorang daripada pengguna enjin Suzuki yang hanya dikenali sebagai Anai merupakan seorang nelayan tempatan yang lebih 40 tahun bekerja sebagai nelayan pantai pertama kali mengguna enjin jenis Suzuki pada tahun 1980 memperakui kehebatan dan kelebihan enjin Suzuki model DF140A.

“Pada masa sekarang saya menangkap ikan di perairan antara lokasi 30 hingga 40 batu nautika di perairan Bintulu dengan menggunaka­n bot 35 kaki dan dua enjin Suzuki empat lejang DF140A selama empat bulan ia ternyata jimat minyak,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, enjin itu mampu menjimat penggunaan minyak kira-kira 40 peratus berbanding dengan penggunaan enjin sangkut dua lejang.

 ??  ?? JADI KEBANGGAAN: Anai (kiri) bangga memiliki dua unit enjin Suzuki dalam botnya yang memudahkan­nya dalam kerja-kerja penangkapa­n ikan.
JADI KEBANGGAAN: Anai (kiri) bangga memiliki dua unit enjin Suzuki dalam botnya yang memudahkan­nya dalam kerja-kerja penangkapa­n ikan.
 ??  ?? TERTARIK: Para pelanggan mengunjung­i tapak pameran sempena ‘KTS Trading Suzuki Outboard Engine Customer Day and Service Campaign’ semalam.
TERTARIK: Para pelanggan mengunjung­i tapak pameran sempena ‘KTS Trading Suzuki Outboard Engine Customer Day and Service Campaign’ semalam.
 ??  ?? SELENGGARA: Juruteknik ( kanan) membantu dalam penyelengg­araan enjin Suzuki milik seorang nelayan lain.
SELENGGARA: Juruteknik ( kanan) membantu dalam penyelengg­araan enjin Suzuki milik seorang nelayan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia